Utusan Borneo (Sabah)

George Clooney kembali ke kaca TV dengan siri mini ‘Catch-22’

-

PENGARAH dan pelakon Amerika George Clooney akan menerbit, sama-sama mengarah dan berlakon dalam siri baharu ‘Catch-22’, iaitu watak televisyen tetap pertama bagi bintang itu sejak dia meninggalk­an ‘ER’ hampir dua dekad lalu.

Siri terhad itu sepanjang hanya enam episod sahaja, kata Amy Powell, presiden Paramount Television – studio yang menerbitka­n rancangan itu bersama Anonymous Content – dalam satu wawancara bersama saluran hiburan Hollywood Reporter.

Rundingan untuk menyiarkan siri itu menerusi platform dalam talian Hulu sedang dijalankan, kata sumber yang dekat dengan perkara itu kepada AFP, sekali gus mengesahka­n beberapa laporan media di Amerika Syarikat.

Rancangan itu merupakan adaptasi bagi novel tulisan Joseph Heller pada 1961 dengan tajuk yang sama, yang berkisar sekitar satu skuadron askar udara semasa Perang Dunia II yang menghadapi situasi mustahil untuk pulang ke tanah air.

Clooney yang berusia 56 tahun – dan pemenang Oscar sebanyak dua kali – akan menerima kirakira AS$1 juta (RM4 juta) bagi satu episod, menurut Powell.

Ia merupakan watak berulang pertama bagi pelakon itu dalam televisyen sejak dia berlakon dalam rancangan drama perubatan waktu perdana “ER” yang melancarka­n statusnya sebagai selebriti pada zaman 90an.

Clooney berlakon sebagai doktor Doug Ross sebelum dia meninggalk­an rancangan itu pada 1999 untuk melancarka­n karier filem yang berjaya.

Dia membuat beberapa penampilan kameo kemudian, khususnya pada 2009 untuk musim ke-15 dan terakhir. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia