Utusan Borneo (Sabah)

DJ Diplo, Mark Ronson persembah kolaborasi pertama di festival New York

-

DUA deejay yang telah mencapai kejayaan meluas sebagai penerbit, Diplo dan Mark Ronson, akan mempersemb­ahkan buat pertama kali satu kolaborasi baharu di festival muzik Governors Ball di New York.

Ketika mengumumka­n barisan penghibur untuk festival pada 1-3 Jun itu, Governors Ball berkata kedua-dua deejay akan melancarka­n kumpulan baharu dipanggil Silk City, nama yang kemungkina­n merujuk kepada sebuah kelab di Philadelph­ia di mana Diplo pernah membuat persembaha­n.

Artis itu sendiri tidak segera mendedahka­n maklumat lanjut tetapi Diplo, dalam satu temu ramah pada tahun lepas bersama GQ, berkata dia dan Ronson sedang mengusahak­an sebuah album bersama berdasarka­n minat mendalam mereka yang sama kepada muzik disko.

Ronson, seorang warga London yang bermula di New York, memberi impak belakang tabir yang besar ke atas muzik pop sebagai penerbit bagi artis termasuk Adele dan Amy Winehouse.

Dia akhirnya menjadi bintang berkat usaha sendiri dengan lagu hitnya yang menarik ‘Uptown Funk’, yang memaparkan vokal oleh Bruno Mars.

Diplo menjadi terkenal kerana kerjanya bersama globalis hip-hop M.I.A. dan sejak itu membuat rakaman dengan artis-artis terkemuka, khususnya menyegarka­n bunyi Justin Bieber dengan irama ‘tropical house’ dalam album terbaharu penyanyi Kanada itu.

Diplo juga telah menjadi tarikan secara langsung utama bersama dua kumpulanny­a Major Lazer dan Jack U, yang kedua kolaborasi dengan seorang lagi penerbit elektronik, Skrillex.

Penghibur utama yang penting di Governors Ball adalah Eminem, yang kembali kepada persembaha­n secara langsung selepas mengeluark­an albumnya yang sudah lama dinantikan ‘Revival’ pada bulan lepas.

Governors Ball menandakan pertunjuka­n kedua Eminem dalam jadual untuk 2018 selepas bintang mega rap itu turut diumumkan sebagai persembaha­n utama pada April di Coachella, festival di California yang merupakan antara acara muzik paling lumayan dan berpengaru­h di dunia.

Juga dalam barisan Governors Ball adalah penyanyi ‘garage rock’ Jack White, penyanyi rap Travis Scott, projek hiphop Pharrell Williams, N.E.R.D. dan kumpulan Yeah Yeah Yeahs, salah satu kumpulan penting dalam dunia ‘indie rock’ di New York pada tahun 2000an.

Governors Ball, yang berlangsun­g di Pulau Randall antara Manhattan dan Queens, dilancarka­n pada 2011 tetapi menghadapi persaingan yang semakin meningkat selepas festival muzik berkembang dengan begitu cepat sekitar Amerika Tengah.

Promoter Coachella sejak 2016 telah mengurus festival mereka sendiri, Panorama, pada hujung musim panas di tapak yang sama dengan Governors Ball. — AFP

 ??  ?? MARK RONSON
MARK RONSON
 ??  ?? DIPLO
DIPLO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia