Utusan Borneo (Sabah)

Telemovie ‘Hatinya Bersalut Emas’ di TV1

-

MENERUSI telemovie bertajuk ‘Hatinya Bersalut Emas’ yang bakal bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 27 Januari ini, jam 10.00 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1, penonton berpeluang menyaksika­n sisi berbeza pelakon Adeline Tsen.

Membawakan watak seorang gadis cekal yang bersungguh memperjuan­gkan tanah pusaka penduduk kampungnya daripada tergadai kepada pihak yang tidak bertanggun­gjawab.

Menghidupk­an watak utama bernama Moi, anak seorang wakil rakyat yang cuba membantu seorang pemuda mempertaha­nkan hak orang kampung, telemovie ini turut menampilka­n barisan pelakon seperti Mohd Firdaus Dato Seri Jenar, Rosmin Kasmin, Mohd Soley Maubil dan Halimah Alias @ Tok Wan Astro.

Ikuti perjalanan kisah tentang Baruang, seorang pemuda kampung yang tinggal bersama emaknya.

Dia tidak berpelajar­an dan hanya tahu membuat kerja-kerja kampung.

Budak-dudak kampung memang sukakan Baruang kerana dia seorang yang baik hati.

Di kampungnya terdapat tanah adat yang sangat luas tetapi tidak diusahakan oleh orang-orang kampung kerana tidak mendatangk­an hasil.

Baruang bercita-cita menjadi pemandu lalu dia mengambil lesen memandu di sebuah sekolah memandu.

Di sini dia telah berkenalan dengan Moi, seorang anak wakil rakyat yang memahami kesulitan orang-orang kampung. Setelah mendapat lesen memandu, Baruang ke bandar untuk mencari kerja dan menumpang di rumah kawannya.

Dalam masa yang sama seorang usahawan, Rasdani bercadang membeli tanahtanah di kampung Baruang untuk dijadikan sebagai kawasan agro pelanconga­n.

Setelah membantu Rasdani dan koncokonco­nya dari dirompak, Baruang diambil bekerja sebagai pemandu oleh Rasdani.

Baruang pulang ke kampung setelah mengetahui emaknya dipatuk ular seterusnya meninggal dunia.

Setelah emaknya tiada, dia berazam untuk tinggal di kampung dan menjaga tanah peninggala­n orang tuanya.

Moi bercadang menubuhkan NGO bagi menolong orang-orang kampung dan mahu Baruang membantuny­a.

Moi dan Baruang dapat menghalang orang-orang kampung daripada menjual tanah dan berjaya menukar tanah-tanah terbiar itu menjadi sawah yang sangat subur.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my).

Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ?? WATAK utama Moi dan Baruang lakonan Adeline Tsen dan Soley Maubil dalam ‘Hatinya Bersalut Emas’.
WATAK utama Moi dan Baruang lakonan Adeline Tsen dan Soley Maubil dalam ‘Hatinya Bersalut Emas’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia