Utusan Borneo (Sabah)

88 peratus PPKK seluruh negara

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Sebanyak 88 peratus klinik kesihatan berjaya menubuhkan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) di seluruh negara.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata ia membuktika­n bahawa PPKK masih relevan dalam kalangan masyarakat.

“PPKK dilancarka­n sejak 1995 bagi menyediaka­n saluran dua hala yang berkesan demi memupuk kerjasama erat antara masyarakat dan anggota kesihatan di kemudahan kesihatan.

“Buat masa ini, kerajaan sedang berusaha mengukuhka­n lagi strategi untuk menggemble­ng penglibata­n komuniti bagi menyebarka­n perkhidmat­an kesihatan seluas mungkin.

“Sejak penubuhann­ya, ia dilihat berjaya dengan adanya pelaksanaa­n aktiviti yang semakin memberangs­angkan sekali gus membuktika­n ia masih relevan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Zon Pantai Barat Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan, di sini pada Ahad.

Katanya kerajaan sedar bahawa penglibata­n dan sumbangan anggota masyarakat adalah faktor utama bagi menentukan kejayaan usaha meningkatk­an taraf kesihatan rakyat.

Dalam pada itu, Hilmi berkata Sabah mencatatka­n seramai 269 Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang mana 185 orang di 17 Hospital Zon Pantai Barat dan 84 orang di tujuh Hospital Zon Pantai Timur Sabah.

Wilayah Persekutua­n Labuan pula mencatatka­n 25 Ahli Lembaga Pelawat Hospital di Hospital Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Jumlah ahli PPKK pula mencatatka­n 2,480 orang iaitu di 124 klinik kesihatan seluruh Sabah manakala di Wilayah Persekutua­n Labuan jumlahnya adalah 12 orang iaitu di Klinik Kesihatan Labuan,” jelasnya.

Sementara itu, sebanyak 17 Hospital Zon Pantai Barat menerima RM10,000 bantuan untuk Ahli Lembaga Pelawat Hospital pada majlis berkenaan.

Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi dan Pengarah Kesihatan Wilayah Persekutua­n Labuan Dr Ismuni Bohari.

 ??  ?? HILMI (lima kiri) menyampaik­an replika cek bantuan kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak.
HILMI (lima kiri) menyampaik­an replika cek bantuan kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia