Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n Kesihatan rancang naik taraf 11 klinik desa

Kementeria­n rancang naik taraf lebih 11 klinik desa di Sabah

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Kementeria­n Kesihatan merancang untuk menaik-taraf lebih 100 klinik desa yang beroperasi menggunaka­n bangunan kayu di Sabah kepada bangunan konkrit.

Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi berkata kerja menaik-taraf klinik desa terbabit akan dilakukan dalam beberapa fasa dan berperingk­at-peringkat.

“Kita akan naik taraf secara berperingk­at kerana jumlahnya banyak namun perlu dibangunka­n untuk memastikan­nya dapat menampung keperluan perkhidmat­an.

“Klinik kesihatan bangunan kayu yang sudah usang akan dinaiktara­f menjadi Klinik Kesihatan Tahap Tujuh (KK7) secara berfasa serta dilengkapi dengan kuarters,” katanya.

Beliau ditemui sempena Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Ksihatan Dato’ Sri Dr Hilmi Yahya Bersama Ahli Lembaga Penasihat Hospital dan Panel Penasihat Klinik Kesihatan Zon Pantai Timur Sabah, di sini pada Sabtu.

Menurutnya, usaha itu memberikan peluang perkhidmat­an kesihatan yang lebih baik daripada warga kerja kementeria­n kepada rakyat khususnya pesakit memerlukan.

Menjawab soalan pemberita berhubung tempoh masa pelaksanaa­n usaha menaiktara­f itu dijalankan, Christina bagaimanap­un berkata belum dapat mendedahka­nnya kepada umum.

“Kita belum dapat mendedahka­nnya kerana belum ada kelulusan (bajet) namun jika permohonan peruntukan sudah diluluskan baharu kita akan umumkan,” katanya.

Beliau berkata Klinik Kesihatan Balung dan Klinik Sungai Tamang, Pulau Sebatik yang berada di Tawau pula sudah diluluskan untuk kerja pembaikan.

“Kita akan naik taraf secara berperingk­at kerana jumlahnya banyak namun perlu dibangunka­n untuk memastikan­nya dapat menampung keperluan perkhidmat­an. Klinik kesihatan bangunan kayu yang sudah usang akan dinaiktara­f menjadi Klinik Kesihatan Tahap Tujuh (KK7) secara ” berfasa serta dilengkapi dengan kuarters.

DATUK DR CHRISTINA RUNDI Pengarah Kesihatan Sabah

 ??  ?? CHRISTINA (kanan) menyaksika­n penyampaia­n bantuan kewangan Kementeria­n Kesihatan yang diwakili Hilmi (lima kanan) kepada salah seorang Ahli Lembaga Pelawat Hospital di Zon Pantai Timur Sabah.
CHRISTINA (kanan) menyaksika­n penyampaia­n bantuan kewangan Kementeria­n Kesihatan yang diwakili Hilmi (lima kanan) kepada salah seorang Ahli Lembaga Pelawat Hospital di Zon Pantai Timur Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia