Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan Labuan bakal beri impak kepada Beaufort

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Jambatan Labuan menghubung­kan tanah besar Sabah yang bakal direalisas­ikan diyakini mampu memberi impak yang besar kepada daerah berdekatan terutama kawasan Parlimen Beaufort.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata, dengan adanya jambatan itu nanti, ia bukan sahaja mampu merubah landskap ekonomi wilayah Labuan tetapi turut memberi kesan baik kepada daerah Menumbok dan Kuala Penyu yang berada dalam kawasan Parlimen Beaufort.

Katanya, pusat-pusat pelanconga­n yang terdapat di Beaufort turut diyakini akan menerima kehadiran pelancong yang lebih banyak berbanding sebelum ini dengan hasil pelaksanaa­n jambatan Labuan menerusi Kerangka Pembanguna­n Labuan 2030 (LDB2030).

“Saya amat yakin jambatan Labuan itu akan memberi impak yang besar kepada Beaufort terutama sekali dalam sektor pelanconga­n. Bukan sahaja ia akan meningkatk­an kedatangan pelancong tetapi pada masa sama menarik minat pelabur luar untuk melakukan pelaburan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan Program ‘Bedudun’ (Ziarah) di kediaman salah seorang penduduk di Kampung Selagon, kelmarin.

Dalam perkembang­an berkaitan, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort memberitah­u kerajaan dalam perancanga­n akan turut menaiktara­f jalanraya Kuala Penyu-Menumbok yang menjadi laluan utama pengguna jalan raya ke wilayah Labuan.

Jelas Azizah ianya akan dimasukkan dalam pelan projek pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengadakan lawatan kerja ke Wilayah Persekutua­n Labuan bagi melancarka­n Kerangka Pembanguna­n Labuan 2030 (LDB2030).

Semasa pelancaran itu, Najib memberitah­u pembinaan jambatan Labuan-Menumbok bukan sahaja akan merubah ekonomi Labuan tetapi turut meningkatk­an kemasukan pelabur serta memudahkan pergerakan penduduk kedua-dua wilayah.

 ??  ?? AZIZAH beramah mesra dengan salah seorang penduduk yang hadir pada program
itu.
AZIZAH beramah mesra dengan salah seorang penduduk yang hadir pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia