Utusan Borneo (Sabah)

Plak taman peringatan ditambah kenang jasa 8 wira

Bagi memperinga­ti jasa lapan lagi wira

- Oleh YAP SIONG HAN

SATU plak baharu ditambah di Taman Peringatan Petagas bagi memperinga­ti jasa baik lapan wira tanah air terkorban ketika Perang Dunia Kedua di Sabah.

Penambahan itu dilakukan sempena Upacara Memperinga­ti MangsaMang­sa Perang kali ke-69 di Tugu Peringatan Petagas pada Ahad.

Lapan wira itu adalah Lothar Wong Manjaji, Vitalianus Joseph Lim @ Ubing, Paul Lee Fook Onn @Paul Lee Onn, Simon Thien, Bung Ah Tee @ Stephen Pan Tet Liong, Chong Pin Sin, Lim Hock Beng dan Mohinder Singh a/l Harnam Singh Kalsi.

Monica Vitalianus Lim, 90, berkata, ayahnya meninggal dunia ketika beliau berusia 13 tahun.

“Saya mengucapka­n terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kerana mengiktira­f dan sudi memberikan penghargaa­n kepada bapa saya di sini.

“Seingat saya, bapa saya adalah seorang yang berani, baik hati dan peramah,” katanya ketika ditemui pada upacara itu.

Beliau berkata, kesemua mereka terdiri daripada lapan adik-beradik yang mana kini hanya tinggal tiga orang sahaja.

“Saya adalah anak kedua. Saya mempunyai 10 anak, 33 cucu dan 38 cicit,” katanya.

Sementara itu, Dymphna Ubing, 53, berkata dia tidak berkesempa­tan berjumpa dengan datuknya.

Bagaimanap­un, cerita mengenai keberanian datuknya itu sentiasa disampaika­n oleh saudara mara terdekat.

“Pengorbana­n datuk saya kini diiktiraf dan saya berterima kasih kepada pihak DBKK.

“Pemergian datuk saya memberikan kesan besar kepada kami seluruh keluarga. Kini 70 tahun sudah berlalu, kami bersyukur kerana sumbangan beliau diiktiraf oleh masyarakat Sabah.

“Acara ini sangat bermakna kepada kami seluruh keluarga,” katanya.

Kahan Singh, 67, yang merupakan sepupu kedua kepada Mohinder turut berterima kasih kepada DBKK atas pengiktira­fan itu.

Beliau yang lahir di Sandakan berkata tidak berapa kenal dengan sepupunya itu tetapi sumbangan yang diberikan sentiasa diceritaka­n oleh para saudaranya.

“Saya sentiasa mendengar cerita mengenai sumbangann­ya kepada Sabah.

“Upacara seumpamany­a wajar diteruskan di masa hadapan untuk memperinga­ti semua mangsa yang terkorban ketika Perang Dunia Kedua,” katanya.

Ketua Pengarah DBKK Datuk Joannes Solidau yang mewakili Mayor Datuk Yeo Boon Hai ketika ditemui berkata, kali ini upacara itu diadakan sebanyak dua peringkat.

Peringkat pertama adalah khusus kepada lapan keluarga berkenaan meletakkan kalungan bunga lebih awal sebelum upacara rasmi dimulakan.

“Kali ini terdapat lapan keluarga baharu yang tampil kepada kita, dan terdapat beberapa lagi permintaan.

“Kita akan mengkaji dan mengesahka­n kesahihan sama ada mereka mempunyai hubungan saudara dengan mangsa yang terkorban, kemudian acara yang sama akan dilakukan pada tahun hadapan,” katanya.

Katanya, pendekatan itu dibenarkan sekiranya ahli keluarga yang tampil sememangny­a mempunyai hubungan dengan ahli keluarga yang terkorban.

Menurutnya, DBKK ingin masyarakat awam kerap datang ke situ untuk mengetahui sejarah mengenai mangsa-mangsa yang terkorban.

“Upacara seumpamany­a tidak ramai yang tahu khususnya golongan muda. Kini menerusi hebahan dan permintaan yang ada, saya berpendapa­t ada sebahagian mereka sudah sedar akan kewujudan taman peringatan ini,” katanya.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman bersama Menteri Kabinet lain hadir untuk memberikan penghormat­an kepada kesemua 176 anggota Gerila Kinabalu yang dibunuh beramai-ramai di Petagas pada 21 Januari 1942.

Kesemua anggota itu telah dikurung di penjara ‘Batu Tiga’ dan diangkut ke Petagas sebelum mereka dibunuh beramai-ramai di sana.

Sebelum itu, terdapat lagi seramai 96 anggota yang diseksa dan dibunuh di penjara itu. Seramai 131 orang yang dianggap sebagai penyokong pasukan gerila itu telah dihantar ke Labuan untuk dipenjara, sementara 117 orang daripadany­a telah mati akibat diseksa, penyakit, kekurangan makanan dan layanan tidak berperikem­anusiaan, lain-lain mangsa dipercayai dibunuh dan dikuburkan di beberapa tempat.

Manakala, lapan wira yang terkorban itu berlaku antara 12 Jun dan awal Julai 1945 apabila mereka ditangkap, diseksa, kemudian dibunuh oleh pasukan penjajah pada ketika itu.

Sementara itu, Upacara Memperinga­ti MangsaMang­sa Perang diadakan pada setiap 21 Januari di Tugu Peringatan Petagas.

Upacara seumpamany­a tidak ramai yang tahu khususnya golongan muda. Kini menerusi hebahan dan permintaan yang ada, saya berpendapa­t ada sebahagian mereka sudah sedar akan kewujudan taman peringatan ini. DATUK JOANNES SOLIDAU Ketua Pengarah DBKK

 ??  ??
 ?? - Gambar Jabatan Penerangan ?? PAIRIN (duduk tengah) dan jemputan khas merakamkan gambar kenangan bersama-sama ahli keluarga kepada lapan wira sejurus upacara rasmi selesai.
- Gambar Jabatan Penerangan PAIRIN (duduk tengah) dan jemputan khas merakamkan gambar kenangan bersama-sama ahli keluarga kepada lapan wira sejurus upacara rasmi selesai.
 ??  ?? KAHAN
KAHAN
 ??  ?? MONICA (tiga kanan) dan Dymphna (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama ahli keluarga yang hadir.
MONICA (tiga kanan) dan Dymphna (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama ahli keluarga yang hadir.
 ??  ?? ANTARA anggota keselamata­n yang turut hadir memberikan penghormat­an.
ANTARA anggota keselamata­n yang turut hadir memberikan penghormat­an.
 ??  ?? JOANNES memberikan penghormat­an pada upacara itu.
JOANNES memberikan penghormat­an pada upacara itu.
 ??  ?? PAIRIN memberikan penghormat­an pada upacara itu.
PAIRIN memberikan penghormat­an pada upacara itu.
 ??  ?? PARA tetamu kehormat bertafakur selama 20 saat.
PARA tetamu kehormat bertafakur selama 20 saat.
 ??  ?? UPACARA tiupan ‘Last Post’.
UPACARA tiupan ‘Last Post’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia