Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran dapat rumah baharu

Setiap rumah dibina dengan kos RM68,000

- Oleh JOHAN AZIZ & DELLROY

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup telah menyerahka­n 15 unit rumah kepada mangsa kebakaran di Kg Pagalungan Ansip dalam kawasan Sook, di sini pada Sabtu.

Rumah itu telah dibina dengan kos RM68,000 sebuah termasuk pendawaian elektrik dan air.

Ia mempunyai tiga bilik tidur serta sebuah bilik air dan projek pembinaan rumah adalah atas usaha Kurup melalui peruntukan khas daripada Perdana Menteri.

Dalam ucapannya pada majlis itu, beliau meminta rakyat menolak politik perkauman yang tidak akan memberi impak untuk maju ke hadapan jika berfikiran sempit dan berpandang­an jauh.

Katanya, rakyat perlu memilih pemimpin yang banyak berjasa dan sentiasa membantu masyarakat.

Menurut beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) banyak membawa pembanguna­n terutama kepada penduduk di luar bandar.

“Saya juga berterima kasih kepada agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang turut memberi sumbangan kepada mangsa kebakaran selama ini,” katanya.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas peruntukan yang diberikan kepada masyarakat di Parlimen Pensiangan seperti RM3 juta untuk projek PPRT, pusat hemodialis­is Klinik Kesihatan Nabawan dan menaiktara­f jalan raya.

Katanya ia membuktika­n Perdana Menteri amat menitikber­atkan soal pembanguna­n khususnya kepada masyarakat di luar bandar.

Seorang penerima bantuan rumah, Jimmy Awong, 35, merakamkan terima kasih kepada Kurup kerana tidak henti-henti mengambil berat dan memberi perhatian kepada kebajikan mereka selama ini, bermula dari mereka tinggal sementara di bangunan SK Ansip hampir satu tahun sehinggala­h rumah mereka siap dibina.

“Kami amat selesa dengan rumah baharu ini serta bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan BN,” katanya.

Sementara,OnongManin­g, 48, dan Yundi Ganjau, 52, masing-masing berterima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri dan Kurup kerana bersusah payah menyediaka­n sebuah rumah kepada setiap ahli keluarga yang ditimpa musibah.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Arthur Joseph Kurup, Setiusaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Richard Kastum, Ketua Wanita PBRS Pusat Zainon, Ketua Pemuda PBRS Pusat Matusin Bowie, WKAN Anthony Ikin dan Pengerusi Penganjur Awong Tingkalon.

Kebakaran 15 rumah di Kg Ansip itu berlaku pada 30 Oktober 2016 turut mengakibat­kan kehilangan nyawa seorang warga emas lelaki berumur 60 tahun yang melecur di belakang badan semasa menyelamat­kan nyawa seorang kanak-kanak yang nyaris terkorban dalam kejadian itu.

 ??  ?? YUNDI
YUNDI
 ??  ?? ONONG
ONONG
 ??  ?? JIMMY
JIMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia