Utusan Borneo (Sabah)

500 anggota Rela jalani latihan 9-27 Jan

-

KOTA KINABALU: Seramai 500 anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) yang akan bertugas di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) menjalani latihan secara berperingk­at bermula 9 hingga 27 Januari ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi TKPjR Kamaruddin Mohd Rapig berkata anggota yang terlibat akan bertugas di beberapa kawasan Esszone yang telah ditetapkan.

“Anggota Rela yang dipilih akan menjalanka­n tugas rondaan komuniti di kawasan yang telah dipilih. Berdasarka­n sambutan dan latihan yang diberikan, kawasankaw­asan berkenaan mungkin akan diperluask­an ke kawasan lain sebagai mata dan telinga kerajaan untuk melaporkan kejadian atau aktiviti yang tidak sepatutnya kepada pihak yang berkuasa.

“Selain itu, pemantauan juga akan dilakukan oleh pengarah negeri, pegawai Rela daerah dan pegawai keselamata­n di Esszone yang akan sama-sama turun padang untuk meninjau dan melihat peranan serta tugas rondaan yang dijalankan supaya lebih berkesan,” katanya.

Kamaruddin mengucapka­n penghargaa­n kepada Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman atas peruntukan RM6 juta serta sebidang tanah bagi pembinaan Pusat Latihan Rela di Sandakan.

“Selain itu, Rela juga bakal memiliki satu lagi pusat latihan yang akan dibina di Sandakan dan ini akan memudahkan lagi anggota di Esszone menjalani latihan di kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Penugasan Rela di Esszone di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah, pagi Sabtu.

Ketua Perhubunga­n Rela Mukim Batu Putih Baru, Sandakan, Labib Hanif Ali bersyukur dan berterima kasih atas keprihatin­an Kerajaan Negeri.

“Sebagai anggota Rela yang tidak bergaji dan tidak berelaun, saya berasa bersyukur dengan adanya peruntukan RM6 juta kerana banyak yang boleh yang boleh dimanfaatk­an daripadany­a.

“Selain pakaian seragam baharu, kami juga berharap dengan perun- tukan itu, ia dapat membekalka­n anggota walkie-talkie, baton, dan sebagainya,” katanya.

Dengan adanya Pusat Latihan Rela di Sandakan nanti, beliau berharap lebih ramai anggota dapat direkrut selain lebih ramai anggota dapat menyertai kursus untuk menambah pengetahua­n mereka dalam tugasan yang diperlukan.

“Tugas kami bukannya mengejar penjenayah atau penganas, tetapi kami membuat kawalan setempat.

“Contohnya di kampung di mana kami akan mengelilin­gi kampung dan mengumpul maklumat, berapa rumah kosong yang ada, meninjau sekiranya ada orang asing.

“Kawalan akan dilaksanak­an 24 jam dengan tiga shift yang mana, lapan anggota serta dua pegawai bertugas bagi setiap shift,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Rela Daerah Semporna PPjR Risting Motoron berpendapa­t pewujudan Pusat Latihan di Sandakan dapat memberi manfaat besar kepada anggota di Zon Pantai Timur.

“Kami amat mengalu-alukan pewujudan pusat latihan ini yang secara tidak langsung dapat mengurangk­an kos perbelanja­an jabatan selain dapat menjimatka­n masa tanpa perlu berjalan jauh.

“Sekarang ini, perjalanan kami dari Semporna ke Pusat Latihan Rela Negeri Sabah mengambil masa lebih kurang 12 jam dan apabila sampai di sini anggota telah penat serta tidak dapat menumpukan perhatian semasa kursus,” ujarnya.

Risting turut berharap dengan peruntukan yang dijanjikan, kebajikan dan kelengkapa­n anggota Rela akan dipertingk­atkan antaranya dengan menyediaka­n baju hujan serta lampu suluh kepada mereka yang bertugas.

Beliau turut berharap seluruh anggota Rela akan meningkatk­an disiplin, mematuhi SOP jabatan serta sentiasa berketramp­ilan bagi menjaga imej jabatan berkenaan. - Penerangan

 ??  ?? KAMARUDDIN (tengah) semasa ditemubual media.
KAMARUDDIN (tengah) semasa ditemubual media.
 ??  ?? RISTING
RISTING
 ??  ?? LABIB
LABIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia