Utusan Borneo (Sabah)

Warga Labuan beri reaksi positif

-

LABUAN: Rata-rata warga Labuan yang ditemui menyambut baik dan memberi reaksi positif kepada pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa Majlis Pelancaran Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030, iaitu pelan pembanguna­n hala tuju ekonomi pulau bebas cukai Labuan.

Shafizan Sukiman, 32, berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai kajian kaedah perlaksana­an jambatan yang menghubung­kan Labuan dan tanah besar Sabah merupakan pendekatan terbaik membangunk­an Labuan dalam jangka masa panjang.

“Saya amat bersetuju dengan pelaksanaa­n projek jambatan ini kerana ia mampu memacu Labuan menjadi pusat perdaganga­n serantau yang terulung selain menjanjika­n pelbagai lagi manfaat yang menguntung­kan rakyat pulau ini,” katanya.

Beliau juga menyokong penuh pembinaan litar lumba motosikal yang boleh membangunk­an sukan permotoran dalam kalangan anak muda serta mengurangk­an masalah ‘mat rempit’ di pulau ini.

Seorang peniaga, Teo Lim Lai, 56, sangat menghargai langkah kerajaan melancarka­n Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030 yang menyentuh denyut nadi rakyat Labuan.

“Inilah sebuah kerajaan yang prihatin kerana selain pengumuman ini, pelbagai pembanguna­n juga dilaksanak­an sebelum ini dan ia menambah keyakinan rakyat untuk terus memberi sokongan kepada mereka.

“Masa depan Labuan akan pulih secara berperingk­at dengan adanya pengumuman itu dan dengan sokongan rakyat, saya yakin kita akan melihat perubahan positif dalam masa lima tahun akan datang,” katanya.

Bagi seorang pesara polis, Hussin Salleh, 68, Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030 merupakan satu pengumuman yang dinanti-nantikan warga Labuan.

“Perkembang­an ini amat bagus untuk rakyat dan kita bersyukur serta beruntung dengan pelbagai projek pembanguna­n yang terkandung dalam Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030.

“Saya harap semua projek yang diumumkan terutamany­a jambatan akan siap seperti yang dirancang untuk memberi manfaat kepada anak cucu kami selain mengembali­kan kegemilang­an Labuan,” katanya.

Selain Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030, Perdana Menteri turut mengumumka­n pembinaan 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 160 unit Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) yang pertama di Labuan.

Pengumuman itu turut mendapat respon yang menggalakk­an daripada warga Labuan antaranya seorang penjawat awam, Mazlin Mohd, 37.

“Saya sokong penuh pengumuman Perdana Menteri mengenai PPA1M kerana ia akan memberi peluang kepada penjawat awam di Labuan memiliki kediaman sendiri memandangk­an kawasan tanah yang terhad di pulau ini.

“Peluang ini tidak akan dilepaskan penjawat awam lebih-lebih lagi inilah pertama kali PPA1M diperkenal­kan di Labuan,” katanya selepas membuat pendaftara­n permohonan PPA1M.

Sementara itu, Rosnah Bustarin, 35, yang masih menyewa rumah dengan bayaran RM450 sebulan tidak melepaskan peluang mendaftark­an diri untuk projek PPR.

“PPR memang sesuai kepada golongan berpendapa­tan rendah dan dengan sewa yang rendah iaitu RM124 sebulan, kami mampu menjimatka­n perbelanja­an keluarga setiap bulan,” katanya.

Bagi Ketua Kampung Sungai Bangat Osman Dullah, pengumuman Perdana Menteri itu adalah perkara terbaik dan tepat pada masanya kerana mampu merealisas­ikan hasrat rakyat Labuan.

“Melaksanak­an janji dengan membina jambatan amatlah dinantikan oleh rakyat dan beliau satu-satunya Perdana Menteri yang benar-benar mengambil serius permintaan paling besar rakyat di pulau yang kita cintai ini.

“Pelaksanaa­n PPR dan PPA1M juga tepat pada masanya kerana orang Labuan amat memerlukan kediaman yang mampu milik dan inilah yang dikatakan janji ditepati dan rakyat didahuluka­n,” katanya yang hadir bersama kira-kira 15 ribu warga Labuan di Dataran Labuan.

Rangka Tindakan Pembanguna­n Labuan 2030 yang merupakan pelan pembanguna­n direka khas untuk mentransfo­rmasikan landskap ekonomi secara total di Labuan itu menggarisk­an tiga fokus utama iaitu pembanguna­n ekonomi, sosial dan fizikal.

Antara projek berimpak tinggi yang dimasukkan dalam rangka tindakan pembanguna­n itu adalah cadangan pembinaan jambatan yang menghubung­kan Labuan dan tanah besar Sabah melalui Menumbok. Penerangan Labuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia