Utusan Borneo (Sabah)

K’jaan hargai sumbangan masyarakat Tionghua

-

KOTA KINABALU: Masyarakat Tionghua telah banyak menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi mahupun sosial di negara ini, khasnya di Sabah.

Dalam pada itu, kerajaan Barisan Nasional (BN) amat menghargai sumbangan mereka dan yakin kaum itu akan terus menyokong parti yang memerintah di negeri ini pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Demikian pendapat yang disuarakan oleh tiga pemimpin Sabah, iaitu Pengerusi BN Tuaran Datuk Seri Hj Hajiji Hj Noor, Timbalan Pengerusi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dan Presiden LDP Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang.

Mereka berucap di satu majlis makan malam anjuran Persatuan Hakka Daerah Tuaran di sini, malam Sabtu.

Ketiga-tiga pemimpin itu juga percaya bahawa kalau pun ada yang menyokong pembangkan­g pada PRU lalu kerana terkeliru oleh janji manis pihak lawan, kali ini mereka akan sokong BN dan sudah sedar bahawa mereka ‘tertipu’ dahulu.

“Tanda-tandanya sudah ada. Boleh dilihat di manamana. Rata-rata mereka yang sokong pembangkan­g dulu kini menyesal dan mengatakan bahawa mereka akan undi BN kali ini,” kata mereka.

Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan memuji masyarakat Tionghua yang hanya ingin berniaga dan hidup dalam keadaan aman damai dengan kaum lain.

“Mereka tidak kedekut. Tengok saja sekolah-sekolah Cina. Di kawasan saya lebih separuh murid sekolah rendah Cina terdiri daripada kaum bumiputera, khususnya KDM.

“Mereka tidak bantah. Ini adalah satu-satunya contoh semangat 1Malaysia yang terbaik,” katanya yang juga Adun Sulaman.

Hajiji yang juga ketua bahagian Umno Tuaran berkata di negara ini tidak ada ‘1st class citizen, 2nd class citizen’ dan sebagainya.

“Semua sama rata. Tidak timbul soal pendatang,” tegas beliau.

Madius yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pemangku Presiden Upko berkata selain kaum Tionghua, sudah ada tanda bahawa majoriti kaum KDM pun mula menyokong BN kerana sudah sedar.

“Ini adalah satu petanda dan perkembang­an yang baik bukan sahaja bagi kawasan Parlimen Tuaran tetapi juga untuk kawasan Tamparuli di mana saya percaya kita akan rampas balik daripada pembangkan­g,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tuaran.

Sementara itu, Teo yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas melahirkan keyakinan bahawa kaum Tionghua akan membuat pemilihan yang bijak kali ini.

“Kaum Tionghua kini sudah sedar bahawa ikut pembangkna­g tidak ada hasilnya.Merekalebi­hberminat berniaga dan mengembang­kan kebudayaan mereka seperti sekolah-sekolah Cina dan sebagainya.

Terdahulu, Pengerusi Persatuan Hakka Daerah Tuaran Datuk Alex Lo berkata majlis makan malam itu adalah majlis penghargaa­n sempena ulang tahun ke-40 persatuan itu.

Beliau yang juga ketua bahagian LDP Sulaman turut yakin bahawa majoriti ahli persatuan itu seramai lebih 1,000 orang akan sokong BN pada PRU akan datang.

Beliau bagi pihak persatuan juga melafazkan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada ketiga-tiga pemimpin yang hadir di majlis itu.

Turut hadir ialah isteri Madius, Datin Seri Dr Jainah Sintian yang juga Ketua Wanita Upko serta pemimpinpe­mimpin masyarakat Tionghua termasuk kapitan dari Tuaran dan Tamparuli.

 ??  ?? DEPAN, dari lima kiri: Lo, Teo, Hajiji dan Madius bergambar bersama para AJK Persatuan Hakka Daerah Tuaran.
DEPAN, dari lima kiri: Lo, Teo, Hajiji dan Madius bergambar bersama para AJK Persatuan Hakka Daerah Tuaran.
 ??  ?? HAJIJI (tengah) diiringi Teo dan Lo melakukan acara ‘Lao Sang’ bagi menandakan Tahun Baharu Cina akan tiba tidak lama lagi.
HAJIJI (tengah) diiringi Teo dan Lo melakukan acara ‘Lao Sang’ bagi menandakan Tahun Baharu Cina akan tiba tidak lama lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia