Utusan Borneo (Sabah)

Komited laksana pelbagai program

Transforma­si pendidikan demi masa depan negara

-

TAWAU: Kerajaan sentiasa komited untuk melaksanak­an pelbagai program dan dasar pembanguna­n, termasukla­h dalam bidang pendidikan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata ia adalah untuk manfaat seluruh rakyat khususnya para ibu bapa dan pelajar yang akan menjadi modal insan berkualiti pada masa hadapan.

Katanya bidang pendidikan merupakan perkara utama yang diberi perhatian kerajaan dalam melahirkan generasi cemerlang sekali gus dapat memimpin negara pada masa depan.

Kerajaan sentiasa melakukan transforma­si dalam pendidikan sejak mencapai kemerdekaa­n demi masa depan negara. Salah satu usaha dilakukan ialah memperkena­lkan bantuan awal persekolah­an bagi mengurangk­an beban ibu bapa dalam menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anak-anak mereka.

“Saya menyeru ibu bapa supaya jangan disalahgun­akan duit itu untuk tujuan lain sebaliknya belilah kelengkapa­n persekolah­an anak-anak bagi memastikan mereka dapat mengikuti pembelajar­an dengan selesa.

“Sejak sekian lama, kerajaan komited terhadap usaha pembanguna­n dan pemantapan sistem pendidikan di negeri ini. Fokus kerajaan bukan sahaja dalam meningkatk­an taraf pendidikan kepada semua rakyat, malah juga kepada kualiti sistem pendidikan negeri,” katanya.

Dari aspek peruntukan kewangan tambahnya, saban tahun peruntukan yang besar telah diberikan kepada sektor pendidikan dan pembanguna­n modal insan di negeri ini.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaia­n Bantuan Khas Persekolah­an RM100 kepada ibu bapa murid SK Tanjong Batu Keramat, di sini pada Sabtu, sempena Ceramah Perdana ‘Mensyukuri Nikmat’ di Padang SK Tanjong Batu Keramat.

Penceramah jemputan pada majlis itu ialah Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Lebih kurang 2,000 orang hadir mendengar ceramah perdana itu.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu mengajak seluruh rakyat khususnya di daerah ini untuk bersama-sama kerajaan dalam memastikan nikmat keamanan, kemakmuran dan kestabilan yang dinikmati kini dapat terus terpelihar­a.

“Komitmen yang ditunjukka­n oleh kerajaan ini juga jelas membuktika­n kesungguha­n kita dalam melaksanak­an pembanguna­n yang seimbang. Ia sekali gus membuktika­n keprihatin­an kerajaan dalam membela dan memperjuan­gkan nasib seluruh rakyat khususnya di negeri ini.

“Apa yang penting, kerjasama, sokongan dan komitmen berterusan daripada anda semua akan menjamin keikhlasan kerajaan untuk membela dan memperjuan­gkan nasib rakyat akan dapat dicapai sepenuhnya,” katanya.

“Sejaksekia­nlama,kerajaanko­mitedterha­dap usaha pembanguna­n dan pemantapan sistem pendidikan di negeri ini. Fokus kerajaan bukan sahaja dalam meningkatk­an taraf pendidikan kepada semua rakyat, malah juga kepada kualiti ” sistem pendidikan negeri. DATUK HAMISA SAMAT Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? HAMISA menyampaik­an bantuan khas RM100 kepada murid SK Tanjong Batu Keramat.
HAMISA menyampaik­an bantuan khas RM100 kepada murid SK Tanjong Batu Keramat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia