Utusan Borneo (Sabah)

Jaga nama baik keluarga

Beri contoh yang baik dan jangan lupa asal usul mereka

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman meminta ahli Keluarga Aki Goong agar sentiasa menjaga nama baik keluarga dengan memberi contoh yang baik dan tidak melupai asal usul mereka.

Beliauberk­ata,merekaperl­u mewarisi segala kebaikan yang dibawa oleh keluarga Goong dahulu hinggalah kepada generasiny­a hari ini.

“Ini penting kerana dengan melakukan kebaikan, menjadikan institusi keluarga ini terus kukuh, harmoni, bahagia, aman damai dan sejahtera sepanjang masa,” katanya ketika berucap merasmikan Perhimpuna­n Hari Keluarga Aki Goong di Pusat Kraftangan Sabah, di sini pada Sabtu.

Lebih 3,000 ahli keluarga itu termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman hadir pada majlis itu. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh dan Pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Majlis Jainus Lian.

“Saya Musa Aman, ibu saya Paah. Paah ialah anak kepada Yahya dan Yahya anak kepada Goong, maka saya juga keturunan Goong.

“E aki mamangkala. E Odu maya baya. Akai Nopo Mayan O gana. Sayat Intad E Aki Yahya (Si Aki pasang bangkala, si Odu ikut sama, kami adalah orang Gana, asal dari rumpun Aki Yahya).

“Perjumpaan Keluarga ini pertama kali kita adakan supaya kita dapat saling mengenali satu sama lain dalam kalangan ahli keluarga kita.

“Saya berasa syukur dan gembira melihat semangat kekeluarga­an kita yang terus kukuh, walaupun keluarga besar ini telah berkembang, dari generasi ke generasi,” katanya.

Musa berkata, perjumpaan itu juga memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengetahui sejarah dan latar belakang, serta susur galur keluarga dengan lebih dekat.

“Ini penting kerana dengan melakukan kebaikan, menjadikan institusi keluarga ini terus kukuh, harmoni, bahagia, aman damai ” dan sejahtera sepanjang masa TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

Katanya, ia juga dapat mengeratka­n lagi rasa persaudara­an, silaturrah­im sesama ahli keluarga.

Ia sesuai dengan tema Hari Keluarga iaitu ‘Kesatuan Keluarga Memupuk Perpaduan’, atau ‘Pountingan Ponsu-Suladan Koingkatan Sinayatan’.

“Sebagai ahli keluarga yang besar, kita perlu terus bersatu padu dan bersatu hati, dan yang penting sentiasa menjaga nama baik keluarga, di mana sahaja kita berada.

“Di majlis seperti ini juga kita dapat sama-sama memelihara dan menghargai budaya kita supaya tidak luput ditelan zaman. Kita juga mengadakan pameran pakaian tradisi budaya dan makanan tradisi keluarga,” katanya.

Bagi Musa, ia amat penting untuk dipamerkan supaya generasi muda, anak-anak dan cucu cicit keluarga itu dapat mengetahui, memahami, menghayati serta menghargai betapa tingginya nilai dan khazanah budaya tradisi suku kaum itu.

Walaupun masa berubah katanya, tetapi mereka mesti sentiasa berbangga dengan budaya unik, dengan masakan yang enak serta seni budaya keluarga itu yang begitu indah.

“Kalau bukan kita, kalau bukan keluarga dan generasi Goongyangm­emeliharas­emua budaya yang baik-baik ini, siapa lagi yang kita harapkan untuk memelihara­nya.

“Ada yang berpendapa­t supaya kita juga mengadakan Hari Keluarga Kina. Bagi saya, biarlah untuk kali ini kita mengadakan untuk Keluarga Goong dahulu. Lain kali kita adakan untuk Keluarga Kina. Mungkin kita adakan setahun atau dua tahun sekali,” katanya.

Musa juga berharap semoga semangat kekeluarga­an itu terus dipelihara, dikukuhkan dan dieratkan selalu.

“Semoga kita semua sihat dan gembira dengan perjumpaan keluarga ini. Anak-anak dan generasi kita juga cemerlang dalam pelajaran dan bidang masingmasi­ng. Terima kasih dan penghargaa­n kepada semua yang bekerjasam­a menjayakan Hari Keluarga Goong ini,” katanya.

 ??  ?? MUSA (kanan) melakukan gimik perasmian Perhimpuna­n Hari Keluarga Aki Goong. Turut kelihatan Anifah (tengah) dan Pairin (kiri).
MUSA (kanan) melakukan gimik perasmian Perhimpuna­n Hari Keluarga Aki Goong. Turut kelihatan Anifah (tengah) dan Pairin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia