Utusan Borneo (Sabah)

Tadika Hassanah anjur bengkel bahasa Dusun, busana Lapoi

- Oleh HENRY BATING

RANAU:KelabBahas­aDusun Tadika Hassanah buat julung kalinyamel­aksanakanB­engkel Kemahiran Berbahasa dan Pengenalan Kebudayaan Dusun Ranau pada Sabtu di Tadika Hassanah di sini.

Pengerusi Kelab Linah Bagu berkata, bengkel tersebut diadakan sebagai satu permulaan aktiviti Kelab Bahasa Dusun Tadika Hassanah Ranau untuk tahun ini semenjak ditubuhkan 12 November 2016 sebagai kesinambun­gan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanak­an sebelum ini.

“Bengkel Kemahiran Berbahasa Dusun bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang asas penyebutan huruf dan perkataan serta tatabahasa Bahasa Dusun yang menggunaka­n dialek piawai Bundu Liwan,” katanya.

Linah yang juga Pensyarah Kanan Bahasa Kadazandus­un Institut Pendidikan Guru (IPG) Kent berkata, pendedahan Asas Kemahiran Berbahasa Dusun tersebut telah dikendalik­an oleh beberapa penggiat dan pelajar pengajian bahasa etnik itu.

Turut membantu ialah Cynthiana John, Cik Arlynz Esty Alouis dan Cik Isni Singgari yang ketiga-tiganya merupaka pelajar PISMP Bahasa Kadazandus­un di IPG Kampus Kent, Tuaran.

Linah menjelaska­n, selain hasrat membantu generasi muda khususnya muridmurid Tadika mempelajar­i bahasa ibunda, pihaknya beserta kalangan pelajar pengajian bahasa itu bersemanga­ttinggimem­bantu masyarakat Dusun mengenali dan memelihara warisan budaya khususnya busana pakaian tradisi Lapoi.

“Usaha-usaha yang kami jalankan adalah terjemahan tanggungja­wab sosial dalam melestari bahasa, budaya dan sastera masyarakat Dusun Ranau,” katanya.

Seramai 25 guru tadika swasta dan 22 orang murid tadika sekitar daerah Ranau telah menghadiri bengkel tersebut.

Bengkel tersebut telah dirasmikan oleh Danis Buik, Timbalan Pengerusi Penyelaras Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un (KDCA)Ranauyangm­ewakili pengerusi. KDCA Ranau dipengerus­ikan Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pembantu Menteri Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang.

Turut hadir ialah Rozana @ Norzanah Sairin, Guru Besar Tadika Hassanah Ranau, Witer Gunik, Timbalan Pengerusi dan Lily Bogu, Penolong Setiausaha Kelab Bahasa Dusun Tadika Hassanah Ranau.

Danis dalam ucapannya menyatakan rasa teruja dan terharu selepas mengikuti bengkel tersebut yang baginya sangat bagus, berinforma­si dan berjaya memberi pengetahua­n dan kemahiran berbahasa Dusun kepada kalangan peserta.

Di samping itu, kata Danis kalangan peserta juga dapat mengenali ciri-ciri pakaian tradisi kaum Dusun Ranau.

Danis berharap usaha seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang dengan tajuk dan pengisian bengkel yang lebih berimpak tinggi kepada masyarakat Dusun Ranau melalui kerjasama erat dengan KDCA Ranau.

 ??  ?? WITER, Danis, Linah dan Rozana bersama para peserta bengkel.
WITER, Danis, Linah dan Rozana bersama para peserta bengkel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia