Utusan Borneo (Sabah)

Carlsberg perkenal peraduan tawar hadiah sehingga RM6 juta

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina 2018, Carlsberg mengadakan peraduan yang menawarkan hadiah kemenangan bernilai sehingga RM6 juta.

Pengarah Urusan Carlsberg Brewery Malaysia Bhd Lars Lehmann berkata, peraduan itu telah bermula sejak 1 Januari lalu dan akan berakhir pada 28 Februari depan.

“Dengan tema promosi ‘Everyone is a Winner’, pelanggan boleh membeli tiga botol besar minuman Carlsberg atau Carlsberg Smooth Draught, di mana mereka akan menerima satu set daun terup ‘Carlsberg Smooth Draught CNY’ dan berpeluang memenangi hadiah istimewa.

“Selain itu, pelanggan yang berjaya menemui angka ‘88’ di bawah tutup botol minuman itu turut berpeluang memenangi ‘angpau’ bernilai RM88 setiap satu.

“Sebanyak 8,000 hadiah bolehdimen­angidansek­iranya anda berjaya menemui logo Carlsberg Smooth Draught atau Somersby Apple Cider, anda boleh menebus satu karton minuman dengan jenama masing-masing,” katanya ketika merasmikan Majlis Memperkena­lkan Peraduan Carlsberg sempena Tahun Baharu Cina 2018, di sini, malam Sabtu.

Lars berkata, hadiah menarik menanti mereka yang membeli satu karton tin minuman Carlsberg atau Carlsberg Smooth Draught (24 tin), yang mana pelanggan berpeluang memenangi bekalan minuman itu secara percuma selama setahun iaitu sebanyak 12 karton sahaja.

Katanya, pemenang hanya perlu mencari kod promo ‘CS’ yang dicetak di bawah pembuka minuman itu.

“Mereka yang berjaya menemui kod promo ‘SA’ hanya mampu memenangi empat tin minuman Somersby Apple Cider,” katanya.

Selain itu tambahnya, sebanyak 2,000 lagi hadiah boleh dimenangi menerusi penyertaan premis restoran dan banyak lagi.

Katanya maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www. probablyth­ebest.com.my atau www.facebook.com/ CarlsbergM­Y.

 ?? LARS menyempurn­akan gimik perasmian. ??
LARS menyempurn­akan gimik perasmian.
 ??  ?? LARS (lima kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
LARS (lima kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
 ??  ?? LARS menerima skrol daripada tarian singa.
LARS menerima skrol daripada tarian singa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia