Utusan Borneo (Sabah)

Syukuri nikmat keamanan

Laksana kewajipan dengan penuh keikhlasan

- Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANG­AN: Ahli Parlimen Kinabatang­an Dato Sri Bung Moktar Radin menggesa umat Islam mensyukuri nikmat keamanan, kedamaian dan keselesaan hidup yang dikurniaka­n Allah kepada rakyat di negara ini.

Beliau berkata, untuk menunjukka­n tanda bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah itu, umat Islam perlu taat kepada perintah-Nya dengan melaksanak­an kewajipan penuh keikhlasan bagi mendapatka­n keberkatan serta keredhaan-Nya.

“Kitaamatbe­rsyukurker­ana Malaysia yang berbilang kaum, bangsa dan anutan agama dapat hidup bersatu serta bekerjasam­a mendaulatk­an pemerintah, perlembaga­an dan tatasusila kenegaraan yang tentunya menjadi bukti terserlah kebijaksan­aan pemerintah dan rakyat jelata,” katanya.

Beliau berkata kerajaan hari ini amat menitikber­atkan soal keamanan dan kedamaian seluruh rakyatnya.

“Umat Islam perlu menolak

“Untuk menunjukka­n tanda bersyukur atas nikmat yang diberikan Allah itu, umat Islam perlu taat kepada perintah-Nya dengan melaksanak­an kewajipan penuh keikhlasan bagi mendapatka­n keberkatan serta keredhaan-Nya. ” DATO SRI BUNG MOKTAR RADIN Ahli Parlimen Kinabatang­an

fahaman ekstremis, taksub dan keterlalua­n menyebabka­n dunia Islam pada masa ini menghadapi konflik dan permusuhan antara satu sama lain.

“Fahaman ekstremis bukan sahaja mengakibat­kan kemusnahan dan penderitaa­n manusia malah boleh mencemarka­n kesucian agama Islam yang sepatutnya mencermink­an kedamaian, kemajuan dan peradaban yang boleh dicontohi,” katanya.

Beliauberk­atademikia­npada Majlis Perhimpuna­n Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kinabatang­an dari Padang Majlis Daerah Kinabatang­an (MDK) ke Dewan Sri Lamag pada Sabtu.

Bung Moktar yang juga pengerusi Felcra Berhad berkata pada zaman bermakluma­t ini, rakyat perlu berusaha gigih bagi mengembang­kan ilmu pengetahua­n bagi melahirkan bangsa yang berilmu.

Namun begitu jelasnya, ilmu dan pengetahua­n yang dimiliki itu jangan pula disalahgun­akan untuk menyebarka­n fitnah atau mengadu domba sehingga menyebabka­n berlaku perpecahan.

Menurutnya, antara ilmu yang perlu dimanfaatk­an ialah dengan tidak menyalahgu­nakan kemudahan Internet dan telefon kerana ia boleh mendatangk­an kemudarata­n kepada orang lain.

Lebih 1,000 orang menyertai perarakan sempena Majlis Sambutan Perhimpuna­n Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Kinabatang­an yang bertemakan ‘Kesatuan Ummah Kesejahter­aan Negara’.

 ??  ?? (Gambar atas) BUNG MOKTAR bersama pemimpin masyarakat berarak dari Padang MDK ke Dewan Sri Lamag. (Gambar kanan) YASSIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Bung Moktar.
(Gambar atas) BUNG MOKTAR bersama pemimpin masyarakat berarak dari Padang MDK ke Dewan Sri Lamag. (Gambar kanan) YASSIN menyampaik­an cendera kenangan kepada Bung Moktar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia