Utusan Borneo (Sabah)

MTQ pupuk penghayata­n al-Quran, semarak perpaduan

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Menyemarak­kan nilai perpaduan di kalangan masyarakat majmuk tidak pernah membataska­n kehadiran penganut agama lain ke penganjura­n program keislaman.

Malah ianya terbuka kepada sesiapa sahaja asalkan mereka tahu batasannya.

Menurut Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat DUN Tungku, Abdul Momen Angchai, kehadiran mereka membuktika­n sokongan mereka kepada usaha kerajaan.

Katanya, banyak nilai murni dapat dipupuk terutama kepada golongan muda khususnya menjayakan semangat perpaduan yang sudah sebati sejak sekian lama di Tungku.

“Bukan sahaja di majlis kenduri, hari-hari perayaan malah di majlis seumpama ini mereka akan bersamasam­a menjayakan­nya dengan memberi sokongan kepada wakil dari kampung mereka malah ahli keluarga yang berlainan agama,” katanya.

Momen yang juga Ahli Jawatankua­sa Umno Bahagian Silam berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Tilawah AlQuran (MTQ) Peringkat Daerah Kecil Tungku di Sekolah Agama Rakyat Kampung Dengan, dekat sini, Sabtu.

Ketika berucap merasmikan majlis, Momen menyeru orang ramai menjadikan MTQ sebagai wacana dan inspirasi untuk berusaha menghayati al-Quran.

Dalam pada itu, Kategori Qari MTQ itu dimenangi Zulkifli Sulali, Zamani Zain Abidin (kedua), Mohd Samsul Hamid (ketiga) dan Bacho Kuraga (keempat).

Manakala Qariah dijuarai Mardia Yusof, Rosmida Ramsit (kedua), Kartini Madong (ketiga) dan Sitimah Ibrahim (keempat).

 ??  ?? MOMEN, Jablee dan sebahagian jawatankua­sa penganjur merakamkan gambar kenangan bersama pemenang.
MOMEN, Jablee dan sebahagian jawatankua­sa penganjur merakamkan gambar kenangan bersama pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia