Utusan Borneo (Sabah)

Perhimpuna­n Hari Keluarga Goong meriah

Perhimpuna­n Hari Keluarga Goong berlangsun­g meriah

- Oleh JOHAN AZIZ

PERHIMPUNA­N Hari Keluarga Besar Aki Goong yang diadakan di Pusat Kraftangan Sabah Keningau pada Sabtu disambut dengan penuh meriah, muhibbah dan harmoni oleh seluruh ahli keluarga itu yang datang dari daerah Keningau, Kota Kinabalu dan beberapa daerah lain di Sabah.

Perhimpuna­n yang dihadiri lebih 3,000 ahli keluarga itu telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, yang juga salah seorang ahli keluarga berkenaan.

Pengerusi jawatankua­sa pelaksana majlis Jainus Lian dalam ucapannya memberitah­u perhimpuan itu adalah julung kali diadakan dengan kehadiran yang begitu ramai kalangan ahli keluarga itu.

Beliau berkata, kehadiran yang begitu ramai termasuk kanan-kanak meliputi tiga anak daripada Goong terdiri Yahya, Tandian dan Singon dengan tujuan membolehka­n ahli keluarga berkumpul dan berkenal-kenalan antara satu

“Dengan wujudnya salasilah Goong ini barulah kita mengetahui bahawa selama ini orang-orang yang selalu kita anggap orang lain atau rakan biasa adalah saudara mara kita sendiri. Seperkara lagi, Gana.” Goong adalah dari suku kaum

JAINUS LIAN

Pengerusi jawatankua­sa pelaksana majlis

sama lain.

Menurut beliau, untuk mencari dan mengenalpa­sti keturunan Goong bukan mudah kerana ramai yang sudah meninggal dunia, tua dan uzur serta ramai juga kalangan ahli keluarga yang tidak endah mencari asal usul keluarga mereka.

“Ada juga ahli keluarga ini yang menyatakan kita ini bersaudara akan tetapi tidak pasti bagaimana pertalian persaudara­an kita.

“Bagaimanap­un, segala persoalan itu telah dirungkaik­an oleh Petronella Munting, seorang mantan guru yang telah memainkan peranan penting sepanjang pencarian berkaitan hubungan kekeluarga­an untuk menyusun susur galur salasilah keluarga yang lengkap.

“Petronella juga telah melengkapi salasilah keluarga Goong dan telah membukukan­nya,” katanya.

Jainus berkata dalam buku itu, Petronella telah menyusuri salasilah daripada lima adik beradik iaitu Goong, Upit, Tongod, Ganta dan seorang lagi yang tidak dapat dijejaki.

Pada masa itu, Petronella bertugas sebagai guru besar di SK St Francis Xavier, Keningau dari tahun 2000 hingga 2003.

“Beliau juga telah berjaya menganjurk­an pertemuan keluarga besar ini di Balairaya Kampung Minansut, Bingkor pada 2002.

“Dengan wujudnya salasilah Goong ini barulah kita mengetahui bahawa selama ini orang-orang yang selalu kita anggap orang lain atau rakan biasa adalah saudara mara kita sendiri. Seperkara lagi, Goong adalah dari suku kaum Gana,” katanya.

Pada majlis itu, pelbagai aktiviti dijalankan antaranya sukan, pameran kesenian dan kebudayaan termasuk makanan tradisi, pertanding­an karaoke dan ratu keluarga Goong.

Hadir sama, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Haji Aman, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ellron Alfred Angin, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno dan Pembantu Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Datuk Bobbey Ahfang Suan.

Turut hadir, Ketua Umno Bahagian Pensiangan Senator Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Datuk Rubin Balang, Senator Datuk Dr Lucas Umbul, Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan dan Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif.

 ??  ?? ANIFAH (tengah) bergambar bersama ahli keluarga Goong.
ANIFAH (tengah) bergambar bersama ahli keluarga Goong.
 ??  ?? AHLI keluarga Ukau bergambar dengan Datuk Annuar Banand Ayub (tengah).
AHLI keluarga Ukau bergambar dengan Datuk Annuar Banand Ayub (tengah).
 ??  ?? MUSA memalu gong sebagai gimik perasmian perhimpuna­n itu. Turut kelihatan Anifah (tiga kanan), Pairin (empat kanan), Jainus (dua kiri), Petronella (dua kanan) dan Nordin.
MUSA memalu gong sebagai gimik perasmian perhimpuna­n itu. Turut kelihatan Anifah (tiga kanan), Pairin (empat kanan), Jainus (dua kiri), Petronella (dua kanan) dan Nordin.
 ??  ?? NORDIN Ampur menerima sijil penghargaa­n yang disampaika­n oleh Musa.
NORDIN Ampur menerima sijil penghargaa­n yang disampaika­n oleh Musa.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga Goong, pemimpin dan pegawai kerajaan yang menghadiri majlis itu.
SEBAHAGIAN ahli keluarga Goong, pemimpin dan pegawai kerajaan yang menghadiri majlis itu.
 ??  ?? SEBAHAGIAN ahli keluarga Goong bergambar bersama Musa (duduk, tengah), Ellron (kanan) dan Yusop (kiri).
SEBAHAGIAN ahli keluarga Goong bergambar bersama Musa (duduk, tengah), Ellron (kanan) dan Yusop (kiri).
 ??  ?? JAINUS menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin. Turut kelihatan Musa (tengah).
JAINUS menyampaik­an cendera kenangan kepada Pairin. Turut kelihatan Musa (tengah).
 ??  ?? MUSA menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Petronella sambil diperhatik­an oleh Pairin (kanan) dan Jainus (kiri).
MUSA menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Petronella sambil diperhatik­an oleh Pairin (kanan) dan Jainus (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia