Utusan Borneo (Sabah)

Dekati rakyat, kenalpasti masalah

Pesanan Julie kepada Puteri Umno, PDM dan JR Plus

- Oleh YUSOP TEPPO

JENTERA Pergerakan Puteri Umno, ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan Jalinan Rakyat (JR) Plus digesa supaya mendekati rakyat bagi mengenal pasti permasalah­an mereka.

Bukan itu sahaja, tiga jentera ini juga perlu turun padang bagi mencari pengundi di kawasan masing-masing.

Pesanan itu dibuat oleh Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia Julie Sabran dalam perjumpaan­nya dengan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM), Puteri dan JR Plus bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sugut.

Julie telah turun berjumpa dengan 21 PDM DUN Sugut dan 16 PDM DUN Labuk dalam Parlimen Beluran bagi mendapat maklumbala­s persiapan PDM Puteri dan JR Plus yang telah dijalankan sebagai langkah menghadapi Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jejaki mereka (pengundi muda) yang belum berdaftar. Pastikan mereka yang belum mendaftar supaya daftarkan mereka segera.

“Selain itu, mantapkan kerjasama dan menyantuni setiap PDM di bawah jagaan...pastikan persiapan lancar agar kita sentiasa dalam siap siaga sebelum dan sehingga menjelang PRU-14,” katanya.

Sementara itu, Julie yang juga Ketua Puteri Umno Beluran mengadakan lawatan ke Kampung Sungai-Sungai, Beluran dan menyampaik­an sumbangan kepada mangsa banjir berupa makanan keperluan asas harian.

Selain itu, Julie bersama AJK Puteri juga melawat dan menyampaik­an sumbangan kepada ibu tunggal di Kampung Sungai Nangka dan Sembang Santai bersama pengundi muda di Kg Kolapis Beluran.

Dalam pada itu, Julie berkata Puteri Beluran akan terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden parti dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman yang juga pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Sabah.

Sehubungan itu katanya selaku sayap parti, Puteri akan sentiasa bekerja keras dan memastikan jentera melaksanak­an amanah yang diberikan seterusnya memastikan kemenangan terus berpihak pada Barisan Nasional (BN).

Mengenai lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sabah baru-baru ini, beliau berkata ini menunjukka­n presiden parti itu sentiasa ‘mengambil berat’ terhadap rakyat Sabah.

“Ini juga menunjukka­n kerajaan BN sentiasa prihatin dan mempunyai kestabilan politik yang cukup baik,” katanya.

Katanya setiap negara yang ingin maju haruslah mempunyai kestabilan politik yang baik kerana tanpa kestabilan politik pada hari ini mana mungkin negara mencapai seperti apa yang dikecapi dan dibawa kerajaan BN hari ini.

TERUS MENYANTUNI PENDUDUK BELURAN

Julie terus menyantuni penduduk daerah beluran melalui program ‘Back

To School’ dengan menyampaik­an beg sekolah kepada murid kurang berkemampu­an di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nangka dan SK Kolapis Beluran.

Beliau berkata program

Back To School adalah program rutin setiap tahun Puteri Beluran bagi meringanka­n beban murid kurang berkemampu­an.

“Saya juga ucapkan terima kasih kepada kerajaan BN di atas usaha menyediaka­n baucar bantuan persekolah­an kepada murid-murid.

“Inilah kebaikan kerajaan BN yang sentiasa mengutamak­an rakyat serta membantu mereka yang kurang berkemampu­an dan tidak bernasib baik.

“InsyaAllah Puteri Beluran akan terus bersama-sama warga pendidikan bagi merealisas­ikan Transforma­si Nasional 50 (TN50) untuk generasi akan datang,” katanya, yang turut diiringi Penolong Kanan SK Sungai Nangka Denis dan Penolong Kanan SK Kolapis Mahmod pada program itu.

Beliau turut menyampaik­an sumbangan beg sekolah daripada Yayasan Pelajaran Mara kepada 30 murid kurang berkemampu­an di SK Sungai-Sungai, Paitan.

Julie turun sendiri ke sekolah berkenaan bagi menyerahka­n beg sekolah kepada murid, dan ini membuktika­n keprihatin­an pemimpin Umno dalam membantu rakyat terutamany­a di kawasan luar bandar.

“Usaha ini (membantu rakyat luar bandar) adalah usaha berterusan, dan menjadi keutamaan bagi kepimpinan Umno dalam menyantuni dan mendekati rakyat akar umbi,” katanya.

Guru Besar SK SungaiSung­ai Hajah Kamsiah Sabin berasa terharu dan mengucapka­n terima kasih kepada Julie kerana sanggup datang walaupun jauh untuk menyampaik­an sumbangan berkenaan.

Kamsiah memuji usaha murni Puteri Umno Beluran bersama AJK yang sangat prihatin dan sentiasa menghulurk­an bantuan dan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampu­an.

Jejaki mereka (pengundi muda) yang belum berdaftar. Pastikan mereka yang belum mendaftar supaya daftarkan mereka segera. Selain itu, mantapkan kerjasama dan menyantuni setiap PDM di bawah jagaan...pastikan persiapan lancar agar kita sentiasa dalam siap siaga sebelum dan sehingga menjelang PRU-14.

JULIE SABRAN

Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia

 ??  ??
 ??  ?? MURID-MURID SK Sungai-Sungai bergambar bersama Julie selepas menerima sumbangan beg sekolah daripada Yayasan Pelajaran Mara.
MURID-MURID SK Sungai-Sungai bergambar bersama Julie selepas menerima sumbangan beg sekolah daripada Yayasan Pelajaran Mara.
 ??  ?? JULIE berbual dengan penduduk kampung sebelum menyampaik­an sumbangan.
JULIE berbual dengan penduduk kampung sebelum menyampaik­an sumbangan.
 ??  ?? JULIE menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penduduk.
JULIE menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penduduk.
 ??  ?? JULIE menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada murid SK Sungai-Sungai.
JULIE menyampaik­an sumbangan beg sekolah kepada murid SK Sungai-Sungai.
 ??  ?? JULIE beramah mesra dengan penduduk sambil menyampaik­an sumbangan.
JULIE beramah mesra dengan penduduk sambil menyampaik­an sumbangan.
 ??  ?? MENYAMPAIK­AN sumbangan beg sekolah kepada murid SK Kolapis.
MENYAMPAIK­AN sumbangan beg sekolah kepada murid SK Kolapis.
 ??  ?? JULIE bersama ketua-ketua Puteri, PDM dan JR Plus DUN Sugut.
JULIE bersama ketua-ketua Puteri, PDM dan JR Plus DUN Sugut.
 ??  ?? JULIE meniti jambatan untuk menyampaik­an sumbangan.
JULIE meniti jambatan untuk menyampaik­an sumbangan.
 ??  ?? JULIE berbincang dengan seorang guru di SK Kolapis.
JULIE berbincang dengan seorang guru di SK Kolapis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia