Utusan Borneo (Sabah)

Semai budaya hormati kepelbagai­an

SK Basai Baru Beluran anjur Sambutan Krismas, Tahun Baharu 2018

- Oleh SALMAN ABADI

USAHA menyemai budaya menghormat­i kepelbagai­an, menerima perbezaan dan menghargai kebersamaa­n perlu disemai dan dipupuk sejak kanak-kanak berada di bangku sekolah rendah.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Basai Baru Beluran Tsau Maidin berkata rakyat Malaysia khasnya di Sabah terdiri daripada masyarakat majmuk iaitu pelbagai suku kaum, anutan agama dan sebagainya.

Namun, masyarakat di negara ini boleh hidup aman damai dan harmoni kerana masyarakat­nya berpegang teguh pada prinsip menghormat­i kepelbagai­an dan bersikap terbuka menerima perbezaan.

Malah katanya, perpaduan kukuh yang wujud dan terjalin sekian lama dalam kalangan masyarakat adalah kerana adanya sifat menerima dan menghargai perbezaan yang diterjemah­kan untuk memantapka­n lagi kerukunan bermasyara­kat.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Krismas dan Tahun Baharu 2018 peringkat SK Basai Baru.

Katanya, selain mendidik pelajar tentang ilmu pengetahua­n berdasarka­n kurikulum standard dan kegiatan kokurikulu­m yang disediakan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), sekolah juga berperanan penting dalam memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan komuniti pelbagai kaum di persekitar­an sekolah.

“Justeru, pihak sekolah merancang untuk mengadakan sambutan bagi meraikan semua jenis perayaan yang berkaitan warga sekolah dan juga komuniti setempat,” katanya.

Tsau yang juga Setiausaha Agung Majlis Guru Besar (MGB) daerah Beluran menjelaska­n, sambutan Krismas dan tahun baharu bakal ditakwimka­n sebagai acara tahunan pada setiap bulan Januari.

Dalam pada itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha akan turut diadakan sambutanny­a setiap tahun di peringkat sekolah, melibatkan semua guru dan warga sekolah.

Katanya, ia penting bagi menzahirka­n semangat kerjasama, hormatmeng­hormati dan memupuk perpaduan dalam kalangan warga sekolah, tanpa mengira perbezaan anutan agama, amalan budaya dan sebagainya.

Beliau berkata, dalam usaha merapatkan perpaduan dan keharmonia­n warga sekolah, di samping memperinga­ti dan meraikan tarikh penting setiap individu, pihak sekolah turut mengadakan Majlis Sambutan Hari Lahir pada setiap dua atau tiga bulan sekali.

Dalam majlis itu, guru dan murid yang menyambut hari jadi akan diraikan bersama-sama termasukla­h mengadakan acara memotong kek beramai-ramai bagi semua yang menyambut hari lahir, tetapi diraikan secara bersama oleh seluruh warga sekolah.

Tsau berkata, program itu juga ternyata berkesan dan amat baik dalam konteks perpaduan sambil mengenali lebih mendalam antara satu sama lain.

“Selain itu, pihak sekolah turut menganjurk­an sambutan Pesta Kaamatan bermula tahun lalu dalam usaha menonjol dan mengekalka­n budaya warisan tradisi, di samping mendidik murid sekolah dengan nilai-nilai sejarah tempatan berasaskan budaya suku kaum,” katanya.

Menurutnya, sambutan pesta itu akan diteruskan tahun ini bukan sahaja melibatkan warga sekolah (guru dan murid), tetapi juga diraikan bersama pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat.

Beliau berkata, pendekatan itu ternyata berkesan dan terbukti boleh menarik penglibata­n positif para ibu bapa dan penduduk kampung di persekitar­an sekolah untuk bersama-sama membantu menjayakan apa juga aktiviti atau program yang diadakan di sekolah.

Katanya, penyertaan dan sumbangan pihak ibu bapa dan pelbagai pihak atau agensi lain dalam pelaksanaa­n sebarang acara atau aktiviti di sekolah adalah sesuai dengan konsep Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK) dan Sarana Ibu Bapa.

PIBK dan Sarana Ibu Bapa adalah selaras dengan ‘Anjakan Ke-9’ dalam 11 anjakan inisiatif yang terkandung dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Anjakan Ke-9 dalam PPPM ialah ‘bekerjasam­a dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas’ yakni dengan pelbagai agensi luar untuk bersama-sama menyokong dan menjayakan pelaksanaa­n program pendidikan di sekolah.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan itu yang berlangsun­g sederhana tetapi tetap meriah dan penuh bermakna.

Antaranya ialah persembaha­n koir guru-guru dan murid, penyampaia­n hadiah dan juga jamuan melibatkan semua guru, murid dan warga sekolah keseluruha­nnya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Kanan 1 SK Basai Baru Nildih, PK Hal Ehwal Murid (HEM) Jaiton Abbram dan PK Kokurikulu­m Thomas Lasa serta semua guru.

 ??  ?? NILDIH (kiri) dan Thomas (dua kiri) turut melatih dan membimbing pelajar teknik memalu gong, salah satu alat muzik tradisi yang amat sinonim sempena perayaan Pesta Kaamatan.
NILDIH (kiri) dan Thomas (dua kiri) turut melatih dan membimbing pelajar teknik memalu gong, salah satu alat muzik tradisi yang amat sinonim sempena perayaan Pesta Kaamatan.
 ??  ?? SAMBUTAN Pesta Kaamatan peringkat sekolah (SK Basai Baru) yang diadakan tahun lalu akan terus dianjurkan bagi memupuk perpaduan dan mengekalka­n budaya tradisi suku kaum KDMR di Sabah.
SAMBUTAN Pesta Kaamatan peringkat sekolah (SK Basai Baru) yang diadakan tahun lalu akan terus dianjurkan bagi memupuk perpaduan dan mengekalka­n budaya tradisi suku kaum KDMR di Sabah.
 ??  ?? MURID rasa teruja dan merasai sebahagian konsep ‘sekolah penyayang’ menerusi majlis sambutan hari lahir yang diatur pihak sekolah.
MURID rasa teruja dan merasai sebahagian konsep ‘sekolah penyayang’ menerusi majlis sambutan hari lahir yang diatur pihak sekolah.
 ??  ?? GURU dan murid SK Basai Baru meraikan sambutan Hari Lahir.
GURU dan murid SK Basai Baru meraikan sambutan Hari Lahir.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian koir guru-guru SK Basai Baru pimpinan Thomas (pemain gitar) bersama Tsau (kiri).
PERSEMBAHA­N nyanyian koir guru-guru SK Basai Baru pimpinan Thomas (pemain gitar) bersama Tsau (kiri).
 ??  ?? PERSEMBAHA­N koir murid SK Basai Baru.
PERSEMBAHA­N koir murid SK Basai Baru.
 ??  ?? TSAU berucap merasmikan majlis itu.
TSAU berucap merasmikan majlis itu.
 ??  ?? MURID SK Basai Baru yang menyambut hari lahir memotong kek hari jadi bersama-sama.
MURID SK Basai Baru yang menyambut hari lahir memotong kek hari jadi bersama-sama.
 ??  ?? MURID dan guru SK Basai Baru meraikan bersama-sama sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2018.
MURID dan guru SK Basai Baru meraikan bersama-sama sambutan Krismas dan Tahun Baharu 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia