Utusan Borneo (Sabah)

TMW18 platform pamer kejayaan wanita

-

TAHUN Memperkasa Wanita 2018 (TMW18) akan dijadikan platform untuk mempamerka­n kejayaan wanita Malaysia yang menempa nama di peringkat tempatan dan antarabang­sa, sekali gus menjadi inspirasi kepada wanita lain, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata pada masa ini banyak kejayaan wanita Malaysia tidak ditonjolka­n kepada masyarakat.

“Jadi pada tahun ini, melalui TMW18 ini kementeria­n akan kumpulkan kesemua kejayaan-kejayaan yang akan dipamerkan ketika sambutan Hari Wanita pada Ogos nanti,” katanya kepada media selepas pelancaran logo dan penjenamaa­n serta portal TMW18 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya baru-baru ini.

Rohani berkata TMW18 akan memberi sokongan kepada wanita untuk terus memandang ke depan dan membaiki serta menambah baik kedudukan wanita Malaysia pada masa depan.

Pada masa sama, beliau menggesa semua agensi kerajaan, korporat dan badan bukan kerajaan menggunaka­n logo TMW18 dalam pelaksanaa­n program-program memperkasa wanita bagi melambangk­an kesepaduan.

Logo TMW18 berbentuk bunga ros berwarna biru gelap yang melambangk­an ciri kewanitaan yang terbentuk daripada lima kelopak mewakili lima kluster iaitu ekonomi, pendidikan, keselamata­n, kesihatan dan kebudayaan. Pemilihan warna biru gelap pula mencermink­an sifat keperkasaa­n wanita dan kesejahter­aan.

Pada majlis itu, perdana menteri turut menyampaik­an sijil kepada dua ikon TMW18 iaitu Puteri Diraja Selangor Datin Paduka Setia Tengku Zatashah Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan pemilik butik dalam talian Fashion Valet Datin Vivy Yusof, masingmasi­ng atas sumbangan cemerlang dalam bidang kesukarela­wan serta keusahawan­an.

Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran, ikon sukarelawa­n Tengku Zatashah berkata adalah amat penting bagi kerajaan mendorong wanita muda dan wanita amnya untuk meningkatk­an diri dalam kerjaya.

“Wanita sangat bagus dalam melakukan pelbagai pekerjaan pada satusatu masa dan boleh mengimbang­i kehidupan peribadi serta kerjata. Saya berpandang­an wanita di Malaysia telah mencapai banyak kejayaan dan kita boleh lakukan lebih lagi,” katanya.

Puteri Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Shah itu berkata antara bidang yang perlu diberi perhatian dalam memperkasa­kan wanita ialah pendidikan dan kesihatan.

Vivy pula berkata pelantikan beliau sebagai ikon TMW18 adalah peluang keemasan untuknya mempelajar­i sesuatu yang baharu sepanjang program itu berlangsun­g.

Beliau percaya setiap wanita mempunyai keistimewa­an dan kelemahan masing-masing dan kerana itu golongan tersebut perlu bersatu.

“Seperti saya sendiri yang mempunyai impian besar untuk diri saya, dan pada masa yang sama saya juga mahu semua orang mampu berjaya dan mencapai impian mereka,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia