Utusan Borneo (Sabah)

Fun Noodle mi sayuran

Baik untuk anak-anak yang tidak suka makanan hijau

- -Artikel sumbangan Unit MAMS Penerangan

SERING kali kita baca keburukan mi segera yang disebarkan di Internet, namun begitu masih ramai juga yang masih menggemari­nya kerana kesahihann­ya belum dapat dipastikan.

Golongan yang paling risau pastilah ibu bapa kerana tidak mahu anakanak mengambil makanan yang tidak berkhasiat, apa lagi jika anak-anak menolak untuk mengambil makanan hijau seperti sayuran.

Masalah yang sama turut dihadapi oleh pemilik Fun Noodle, Eva Tan, 32, dan inilah yang menjadi inspirasi wujudnya produk mi berasaskan sayur-sayuran untuk memastikan anaknya Elisha Nge mendapat khasiat yang secukupnya untuk tumbesaran.

“Elisha pada ketika itu berusia hampir dua tahun dan kecenderun­gannya untuk menolak sayuran memang membuatkan saya susah hati.

“Kebetulan keluarga suami saya merupakan pengusaha mi di Sarawak, jadi saya gunakan kepakarann­ya tetapi ditambah dengan idea saya untuk menghasilk­an mi sayuran ini.

“Hasilnya sangat mengujakan melihat anak saya dapat menerima rasa mi buah naga berwarna merah jambu yang kami buat untuknya ketika itu,” katanya.

Selepas itu, anaknya mula meminta mi dengan warna yang berlainan pula dan

Eva pula rajin untuk mencuba hingga terhasilny­a mi daripada koko, daun moringa, kunyit dan juga bijan hitam.

Hasil eksperimen­nya itu turut diperkenal­kan kepada keluarga dan rakan-rakan yang berdepan masalah pemakanan anak-anak. Maklum balas yang diterima sangat memberangs­angkan.

“Saya pernah sertai jualan amal pada 2015 yang dianjurkan di gereja. Mi saya habis dijual pada hari berkenaan walaupun dengan pembungkus­an yang belum begitu elok dan jenama yang hanya ditulis tangan.

“Ketika itu, kami hanya menggunaka­n sebuah mesin kecil untuk membuat mi yang dapat menghasilk­an kira-kira 50 biji dalam tempoh sejam.

“Tetapi di situ jugalah titik tolak kami serius untuk berniaga dan menjadikan mi sihat ini sebagai produk utama kami kerana permintaan yang meningkat semenjak jualan amal itu,” jelasnya.

Bagi menampung permintaan yang semakin banyak, Eva membuat keputusan untuk menyewa sebuah rumah untuk dijadikan bengkel

pemprosesa­n mi dan memudahkan­nya mendapat lesen perniagaan. Dia turut mengupah sepasang suami isteri untuk bekerja dengannya. “Selepas setahun di rumah itu, kami berpindah pula ke kilang yang kami duduki sekarang kerana permintaan yang semakin meningkat dan kami perlukan ruangan yang lebih besar untuk menjemur mi.

“Dengan seramai tujuh pekerja yang 100 peratus bumiputera, kami sediakan tempat kediaman untuk memudahkan mereka ke kilang setiap hari,” katanya.

Jelas Eva, peningkata­n permintaan itu dapat dilihat dengan jumlah jualan yang mereka buat. Jika sebelum ini mereka hanya mampu menjual satu kilogram sehari, tetapi sekarang sudah mampu mencapai 300 kilogram sehari.

“Kami telah melakukan beberapa perubahan dari segi pembungkus­an kerana kami juga banyak belajar untuk memperbaik­i kualiti produk sepanjang mula berniaga.

“Jika dahulu pembungkus­an untuk perisa mi bertahan tiga bulan sahaja kerana menggunaka­n plastik biasa, tetapi selepas menggunaka­n plastik nilon, perisa boleh bertahan sehingga enam bulan selepas pembungkus­an,” ujarnya yang berimpian untuk membuka tiga lagi kilang di Kota Kinabalu, Semenanjun­g dan juga Sarawak.

Setakat ini, mi jenama Fun Noodle miliknya belum lagi memasuki pasaran di Semenanjun­g, tetapi ada beberapa pembelian yang dibuat dari sana melalui atas talian.

Teknik menjual secara online itu Eva pelajari dari kelas eUsahawan anjuran Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC), di mana dalam 200,000

peserta

eUsahawan, dia antara 50 peserta yangg terpilih untuk mengikuti kursus lanjutan Level Up.

Katanya, sejak tahun lepas dia sudah membuat persediaan untuk mendapatka­n tanda halal bagi produknya dengan mengikuti kursus bimbingan ke arah pensijilan Makanan Selamat Tanggungja­wab Industri (MeSTI) dan Pensijilan Halal Malaysia anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Namun begitu, untuk mendapat sijil halal perlulah mendapatka­n sijil MeSTI terlebih dahulu dan ia memerlukan beberapa pengubahsu­aian di dalam kilang yang akan mengambil masa kerana bajet Eva yang terhad.

“MeSTI dengan elemen utamanya merangkumi kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkes­anan ialah skim pensijilan asas kepada pemilik perniagaan makanan yang mahu memohon pensijilan antarabang­sa bagi Analisis Bahaya dan Pengendali­an Titik Kritis (HACCP) dan Food Safety Malaysia.

“Pihak audit sudah datang melawat dan untuk melayakkan kami memperoleh sijil itu, mereka minta dilakukan beberapa pengubahsu­aian pembahagia­n ruang-ruang untuk memastikan keselamata­n makanan, mencegah makhluk perosak dan pencemaran bersilang semasa operasi.

“Saya menjangkak­an untuk mendapatka­n sijil MeSTI dalam tahun ini juga supaya dapat disegeraka­n juga untuk mendapat sijil halal, namun begitu pelanggan Islam tidak perlu was-was untuk mencuba produk kami kerana bahanbahan yang digunakan daripada sumber yang halal dan dikendalik­an oleh pekerja Islam,” jelasnya.

Menurut Eva, kebiasaann­ya pembuatan mi tradisiona­l akan menggunaka­n sejenis bahan tambahan tidak halal untuk membuatkan tekstur mi menjadi kenyal, tetapi mereka mencari alternatif lain untuk menggantik­an bahan itu tanpa mengganggu tekstur mi.

Bermula dengan tiada pengetahua­n dalam bidang perniagaan, pada pertengaha­n 2016 dia mula mengikuti beberapa kursus dan mula berkenalan dengan agensi-agensi kerajaan seperti Institut Keusahawan­an Negara (Insken), Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sabah (Sedco), LKIM, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) dan SME Corp Malaysia.

Pada 2016 dan 2017 juga, beliau berjaya meraih Ikon Success Story Eusahawan daripada MDEC dan Anugerah Perintis Usahawan Jaya dari Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA).

Eva turut memberi sokongan dan semangat kepada surirumah yang mempunyai kemahiran dan ingin berniaga tapi mempunyai masalah kewangan agar memulakan saja dengan apa yang ada di rumah.

Tambahnya, mula secara kecil-kecilan dengan strategi yang baik, sebab dia sendiri sudah lalui dan yang penting perlu dapatkan sokongan dan restu daripada suami dan anak-anak.

Sementara itu, seorang ibu muda, Mardina Kaharudin, 21, berkata pemakanan anaknya banyak dipantau oleh ibu mertuanya dan seperti ibu yang lain, pasti tidak membenarka­n anak atau cucu mereka mengambil makanan yang tidak berkhasiat.

“Ibu mertua saya memang tegas dalam pemilihan pemakanan, mi segera adalah antara makanan larangan di rumah selain daripada jajan.

“Tetapi berbeza dengan Fun Noodle kerana bukan sahaja dibenarkan malah beliau juga menggemari mi ini.

“Pada saya, apa yang penting ialah kandungan mi ini yang diperbuat daripada sayuran diharap dapat menambah khasiat yang diperlukan untuk anak saya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi penggemar mi segera, Yantie Gali, 37, berkata beliau mendapat tahu mengenai mi organik itu melalui teman-teman.

“Mi pertama yang saya beli ialah mi kolo sarawak, anak saya mudah menerima mi ini walaupun pelik dengan warna-warnanya yang terang.

“Saiz hidangan untuk sebiji mi juga agak besar untuk anak-anak, jadi adakalanya anak saya tidak dapat menghabisk­annya, tetapi apa yang saya suka mi ini tidak kembang walau sudah lama dimasak.

“Apa yang penting, secara tidak sedar anak-anak mendapat khasiat sayuran dengan hanya menjamah mi segera, jadi saya akan pastikan stok ini sentiasa ada di rumah,” katanya ketika di temui di pasaraya.

 ??  ?? MARDINA (kanan) memastikan anaknya Sofea Batrisya mendapat khasiat yang seimbang untuk perkembang­annya.
MARDINA (kanan) memastikan anaknya Sofea Batrisya mendapat khasiat yang seimbang untuk perkembang­annya.
 ??  ?? MI ditimbang untuk memastikan berat yang betul.
MI ditimbang untuk memastikan berat yang betul.
 ??  ?? MEMANTAU kualiti produk dihasilkan dengan betul.
MEMANTAU kualiti produk dihasilkan dengan betul.
 ??  ?? EVA turut membantu pekerjanya melakukan kerja pembungkus­an.
EVA turut membantu pekerjanya melakukan kerja pembungkus­an.
 ??  ?? SESUAI dijadikan cenderamat­a dalam majlis perkahwina­n atau rasmi.
SESUAI dijadikan cenderamat­a dalam majlis perkahwina­n atau rasmi.
 ??  ?? YANTIE bersama anaknya Muzaffar Ariffin ketika membelibel­ah di pasaraya.
YANTIE bersama anaknya Muzaffar Ariffin ketika membelibel­ah di pasaraya.
 ??  ?? SENTIASA belajar dan menaiktara­f pembungkus­an agar mi tahan lama.
SENTIASA belajar dan menaiktara­f pembungkus­an agar mi tahan lama.
 ??  ?? MI campuran pelbagai jenis sayuran dalam satu suapan.
MI campuran pelbagai jenis sayuran dalam satu suapan.
 ??  ?? WARNA-warnayangm­enarikterh­asildaripa­dapengguna­an bahan organik.
WARNA-warnayangm­enarikterh­asildaripa­dapengguna­an bahan organik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia