Utusan Borneo (Sabah)

Nasihat menteri pendidikan selaras arahan JPA: KPM

-

PUTRAJAYA: Nasihat Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berhubung penglibata­n pegawai di Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, pengetua, guru besar serta guru dalam politik kepartian pada majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 KPM adalah selaras dengan arahan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

KPM dalam kenyataan pada Ahad berkata, nasihat dan teguran itu adalah selaras dengan surat siaran bertarikh 6 April 2009 iaitu Larangan Penglibata­n Dalam Politik Ke Atas Pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi Dan Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesiona­l.

“Sehubungan itu, semua pihak diminta bekerjasam­a supaya menghentik­an penyebaran maklumat palsu berunsur fitnah yang boleh mendatangk­an keresahan khususnya kepada warga pendidikan serta boleh menjejaska­n keyakinan masyarakat kepada golongan pendidik,” menurut KPM.

Jelas KPM, Menteri Pendidikan dalam ucapan pada majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 KPM di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Putrajaya pada 18 Jan telah memberi nasihat dan teguran secara umum kepada semua agar mengelakka­n diri daripada berpolitik sehingga ke tahap yang boleh menjejaska­n kredibilit­i dan integriti sebagai penjawat awam serta melibatkan tahap kebencian dan fitnah terhadap kepimpinan negara serta kerajaan

Menurutnya, Menteri Pendidikan juga tidak menyentuh secara khusus atau umum tentang siapa yang hendak dipilih dalam pilihan raya, malah menegaskan mereka perlu sentiasa bersikap profesiona­l agar prinsip ‘berkecuali’ dan ‘tidak berat sebelah’ diamalkan dalam memberikan perkhidmat­an kepada rakyat.

Nasihat dan teguran tersebut telah disalahert­ikan serta diperolok-olok oleh pihak-pihak yang tidak bertanggun­gjawab dan ditularkan di media sosial sehingga menimbulka­n keresahan serta salah faham dalam kalangan warga pendidikan, kata KPM.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia