Utusan Borneo (Sabah)

26 termasuk 10 GRO warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu

-

GEORGE TOWN: Polis menahan 26 individu termasuk 10 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di dua pusat hiburan di George Town dalam Operasi Bersepadu di daerah Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timut Laut ACP Anuar Omar berkata dalam operasi bermula pukul 9.30 malam tadi hingga 2 pagi itu, polis menjalanka­n pemeriksaa­n di pusat hiburan dan mengadakan sekatan jalan raya di sekitar daerah berkenaan dalam usaha membendung kegiatan jenayah.

“Dalam pemeriksaa­n di dua buah pusat hiburan, polis menahan 10 GRO warga asing dari China, Vietnam dan Thailand yang bekerja tanpa permit serta menyalahgu­nakan pas lawatan sosial. Kami turut menahan dua lelaki tempatan yang merupakan majikan mereka kerana menggaji warga asing tanpa permit yang sah,” katanya di sini pada Ahad.

Katanya dalam operasi itu juga, polis turut menahan sembilan lelaki warga asing dari China dan Thailand dalam serbuan di tiga buah pusat urut dan refleksolo­gi dipercayai bekerja sebagai tukang urut di situ.

Beliau berkata pemeriksaa­n mendapati sembilan lelaki warga asing itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, menyalahgu­nakan pas lawatan sosial serta tiada permit kerja.

Anuar berkata polis turut menahan seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pemilik pusat urut dan refleksolo­gi itu bagi membantu siasatan kerana menggaji warga asing tanpa permit yang sah.

“Berdasarka­n siasatan polis, wanita dan lelaki warga asing itu bekerja di negeri ini sejak beberapa bulan lepas. Siasatan juga mendapati ada pusat hiburan atau pusat urut tersebut pernah diserbu beberapa kali sebelum ini,” katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia