Utusan Borneo (Sabah)

TNB hulur bantuan persekolah­an kepada 100 murid di Pilah

-

KUALA PILAH: Seramai 100 murid daripada keluarga kurang berkemampu­an di daerah ini menerima bantuan persekolah­an menerusi program ‘Kembali ke Sekolah’ anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan kerjasama pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah.

Menerusi program Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) ini, TNB memberi bantuan persekolah­an iaitu sepersalin­an baju seragam sekolah murid lelaki dan perempuan yang lengkap berserta tudung, bagi yang beragama Islam, kasut, stoking, alat tulis dan beg sekolah.

Majlis penyampaia­n kepada murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun itu disempurna­kan anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pilah yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Kebajikan, Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar, di Dewan Datuk Bahaman, di sini, pada Ahad.

Pengurus Besar (Khidmat Pelanggan) TNB Negeri Sembilan, Wan Ishka Soed berkata program tersebut yang telah diadakan sejak tahun 2013, bertujuan meringanka­n beban perbelanja­an persekolah­an yang ditanggung oleh ibu bapa untuk anak-anak memulakan sesi persekolah­an pada tahun ini.

TNB memahami kekangan kewangan yang dihadapi oleh golongan ini dalam persiapan menyediaka­n kelengkapa­n persekolah­an anak-anak, terutama kepada keluarga yang mempunyai anak yang ramai, katanya kepada Bernama di sini.

“Dengan adanya bantuan seperti ini, diharap murid akan lebih bersemanga­t dan berusaha gigih untuk belajar. Keuntungan yang diperoleh TNB setiap tahun kita berikan semula kepada masyarakat dalam bentuk CSR seperti ini dan di TNB kita ada pelbagai lagi CSR yang kita laksanakan,” katanya.

Bagi program hari ini, Wan Ishak berkata TNB membelanja­kan kira-kira RM20,000 bagi memberi bantuan kelengkapa­n sekolah kepada 100 murid dengan setiap seorang daripadany­a menerima bantuan berjumlah RM200.

Norhayati dalam ucapan perasmiann­ya berkata program tersebut adalah satu usaha yang baik bagi membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Dalam pada kita hari ini berdepan dengan isu kenaikan kos sara hidup, bantuan seperti ini mampu meringanka­n beban yang ditanggung keluarga yang kurang berkemampu­an sekali gus memberi keceriaan buat anak-anak untuk ke sekolah.

Selain membantu dari segi kelengkapa­n sekolah, TNB juga turut membantu membaik pulih rumah yang daif serta bantuan barangan keperluan dapur dan di pihak kerajaan, kita sentiasa membantu rakyat sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, bapa seorang penerima, Mohd Nazir Zulkifli, 35, menyifatka­n program berkenaan amat bermanfaat kerana ia dapat meringanka­n bebanan yang ditanggung keluarga.

“Saya rasa seronok apabila anak saya terpilih untuk menerima bantuan persekolah­an dan saya melihat barangan yang diberikan berkualiti. Saya ucap terima kasih kerana memilih keluarga kami untuk dibantu,” katanya yang bekerja sebagai jurukimpal di Bangi, Selangor.-Bernama

 ??  ?? EXCO Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Datuk Norhayati Omar (tiga, kanan) bergambar bersama penerima bantuan persekolah­an selepas Majlis Pelancaran Program Back To School Peringkat Kuala Pilah dengan Usahasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Datuk...
EXCO Pembanguna­n Wanita dan Keluarga Datuk Norhayati Omar (tiga, kanan) bergambar bersama penerima bantuan persekolah­an selepas Majlis Pelancaran Program Back To School Peringkat Kuala Pilah dengan Usahasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Dewan Datuk...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia