Utusan Borneo (Sabah)

Program pemvaksina­n antirabies di Tondong dapat sambutan baik

-

BAU: Seorang peniaga makanan di kawasan Tondong menyuaraka­n rasa kurang senang dengan kehadiran anjing yang tidak bertuan di belakang kedainya di sini.

Beliau yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun demikian beliau tetap memberi makanan kepada anjing berkenaan yang sering datang ke kawasan di sekitar kedainya.

“Saya tidak berani pegang anjing itu, kalau beri makan pun saya beri dari jauhjauh. Kan bagus kalau ada orang boleh bawa ia pergi ambil suntikan untuk rabies dekat dewan sana,” katanya ketika ditemui pemberita, pada Sabtu.

Sementara itu, Anding Inggur dan anaknya Edwin membawa dua anjing mereka berusia sekitar dua tahun untuk mendapatka­n suntikan rabies yang dijalankan di Balai Raya Pasar Tondong.

Anding berkata rakannya memberitah­unya pada Jumaat bahawa anjing boleh mendapatka­n suntikan rabies percuma di sini pada Sabtu.

“Saya dan anak dari Musi dekat sini, kami dapat tahu daripada seorang kawan dan terus bergegas ke sini,” katanya.

Program Pemvaksina­n Antirabies Besar-Besaran oleh pihak Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak (JPVS) bermula jam 9 pagi hingga jam 2 petang Sabtu mendapat sambutan yang sangat baik.

Sehingga jam 12.40 tengah hari, 61 anjing yang telah mendapat vaksin rabies dan ditanda dengan rantai leher bewarna putih susu.

Sementara itu, laporan harian wabak rabies negeri, pada Sabtu mengesahka­n melalui Program Pemvaksina­n dan Survelan Haiwan Kesayangan sebanyak 35,767 anjing telah diberikan vaksin selain, 7,887 kucing dan 45 lain-lain haiwan.

Bahagian Kuching masih mencatatka­n jumlah tertinggi gigitan haiwan baharu yang dilaporkan kepada Jabatan Kesihatan Sarawak pada Sabtu.

Sebanyak 24 kes gigitan haiwan dilaporkan berbanding 28 kes kelmarin di seluruh negeri yang terdiri 11 kes di Bahagian Kuching, diikuti lapan kes di Bahagian Serian, manakala Bahagian Sri Aman empat dan Sarikei satu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia