Utusan Borneo (Sabah)

Kanser serviks masih pembunuh ketiga tertinggi wanita

-

BINTULU: Kanser serviks masih menjadi pembunuh ketiga tertinggi wanita di negara ini, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Jelasnya, berdasarka­n statistik daripada Kementeria­n Kesihatan Malaysia, purata 2,000 hingga 3,000 kes dirujuk oleh golongan wanita ke hospital di seluruh negara setiap tahun adalah berkaitan kes kanser serviks.

“Kes kanser serviks yang cukup banyak ini amat membimbang­kan kerana ia bukan sahaja menjejaska­n kesihatan seseorang wanita yang dijangkiti, namun pada masa sama mengancam kesihatan penghidap sekiranya tidak dirawat atau kanser di peringkat akhir,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Hari Keluarga dan Program Wellbeing Of Women (WOW) sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2018 yang diadakan di Kampung Hulu Nyalau, pada Sabtu.

Rohani berkata, bagi tujuan itu, pihak kementeria­nnya menerusi Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) telah turun padang ke sekolahsek­olah bagi menjalanka­n Program Pendidikan Kesihatan Reprodukti­f dan Sosial (PEKERTI) yang manaprogra­mpemeriksa­an secara percuma ini akan diteruskan sehingga 15 Februari tahun ini.

Jelasnya, berdasarka­n rekod LPPKN Sarawak dari 2014 hingga 2016, sebanyak 210 program PEKERTI telah dijalankan di sekolah-sekolah di Sarawak yang memberi manfaat kepada 23,986 pelajar.

Selain itu katanya, LPPKN turut melaksanak­an WOW bagi menggalakk­an wanita menjalani ujian pap smear di semua Klinik Nur Sejahtera dan Klinik Subfertili­ti LPPKN.

Justeru, beliau berharap agar kempen WOW dapat dimanfaatk­an oleh semua wanita di negeri ini dan menambah jumlah penerima perkhidmat­an saringan kanser serviks, di samping meningkatk­an kesedaran wanita mengenai kepentinga­nnya.

Katanya, berdasarka­n laporan LPPKN bagi tahun 2017, sebanyak 28,470 telah menerima manfaat WOW yang mana daripada jumlah itu, seramai 6,591 penerima ulangan manakala 21,879 adalah penerima baharu.

Hadir sama Pegawai Daerah Bintulu Mataip Sayu, Pegawai Penerangan Daerah Bintulu Pauline Sating dan Pengerusi MPWK Parlimen Bintulu Dora Abdul Rahman.

 ??  ?? ROHANI (tiga kiri) merasmikan Program Hari Keluarga dan Program Wellbeing Of Women (WOW) sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2018 di Bintulu, semalam. Turut kelihatan Dora (kanan).
ROHANI (tiga kiri) merasmikan Program Hari Keluarga dan Program Wellbeing Of Women (WOW) sempena sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) 2018 di Bintulu, semalam. Turut kelihatan Dora (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia