Utusan Borneo (Sabah)

Sarawak perlu lebih banyak syarikat beli hasil pertanian

Ia merupakan model berkesan selepas kejayaan MoU dengan Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd pada November lepas

-

KUCHING: Kerajaan negeri melalui Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah akan bekerjasam­a dengan lebih banyak syarikat utama yang mampu membeli semua hasil pertanian di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia merupakan satu model berkesan selepas kejayaan MoU bersama Top Fruits (Sarawak) Sdn Bhd pada November lepas.

“Para petani kita rajin bekerja, mereka turun seawal jam 5 pagi dan pulang jam 5 petang. Tambahan kita mempunyai tanah yang luas tetapi apa yang menjadi masalah adalah dari segi mencari pasaran untuk menjual hasil berkenaan.

“Masalah ini dihadapi kita kerana kekurangan rangkaian hubungan dalam rantaian bekalan yang menjadi perkara utama kita bincangkan.

“Maka, antara cara terbaik untuk menyelesai­kan masalah ini ialah melalui kerjasama dengan syarikat utama,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi Kementeria­n Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah di sini, Jumaat malam.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah berkata, syarikat utama yang dipilih harus mempunyai pengalaman dalam semua aktiviti berkaitan dengan pertanian.

Paling penting kata beliau, syarikat berkenaan mesti mempunyai pasaran bagi setiap semua produk pertanian di negeri ini.

“Sebagai contoh musim buah durian sekarang, mereka (Top Fruits) telah membeli produk kita, bermakna kita telah mempunyai syarikat yang membeli, memproses dan memasarkan produk kita ke luar.

“Inilah model yang berjaya dan kita akan mencari syarikat lain yang boleh menjadi syarikat utama khas untuk produk kita.

“Melalui model sebegini, kita akan menjadi pembekal makanan paling utama menjelang tahun 2020 selari dengan wawasan Ketua Menteri,” kata Uggah.

Melalui MoU yang ditandatan­gani, Top Fruits (Sarawaak) Sdn Bhd akan menguruska­n aktiviti di Pusat Individual Quick Freezing(IQF) di Tarat, Serian yang menjadi pusat pengumpula­n, pemprosesa­n dan pembungkus­an.

Majlis makan malam kementeria­n berkenaan turut meraikan majlis perpisahan bekas Setiausaha Tetap kementeria­n, Buckland Bangik yang bertugas ke Unit Perancanga­n Negeri (SPU) di mana beliau dilantik sebagai Pengarah SPU.

Turut diraikan Ahmad Denney yang bertukar tugas sebagai Residen Bahagian Limbang sementara Noraini Morshidi dan Lula Jatim turut berpindah tugas ke SPU.

“Para petani kita rajin bekerja, mereka turun seawal jam 5 pagi dan pulang jam 5 petang. Tambahan kita mempunyai tanah yang luas tetapi apa yang menjadi masalah adalah dari segi mencari pasaran untuk menjual hasil berkenaan. ” DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? UGGAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Buckland yang berpindah bertugas sebagai Pengarah SPU pada majlis tersebut, Turut kelihatan (kiri) Dr Abdul Rahman dan Ik Pahon (kanan).
UGGAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Buckland yang berpindah bertugas sebagai Pengarah SPU pada majlis tersebut, Turut kelihatan (kiri) Dr Abdul Rahman dan Ik Pahon (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia