Utusan Borneo (Sabah)

Kemaruk bermain gajet menjurus kepada masalah kesihatan mental

-

KUCHING:Terlalu lama bermain gajet dan kurang berinterak­si boleh menyebabka­n seseorang itu cenderung mengalami gangguan masalah kesihatan mental.

Menurut Kaunselor Organisasi Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Padawan Veronica Peter Ballak Raggan, hal ini kerana gajet seperti telefon pintar tidak mempunyai emosi yang boleh mengimbang­i dan memahami keadaan perasaan seseorang.

“Sebab itulah seseorang yang mengalami gangguan masalah mental perlu didampingi dan mendapatka­n khidmat kaunseling serta pakar yang sewajarnya,” katanya pada Seminar ‘Diskrimina­si Kesihatan Mental di Tempat Kerja: Cabaran dan Solusi’ di Open Universiti Malaysia (OUM) Kuching, pada Sabtu.

Mengulas lanjut tentang gangguan kesihatan mental, Veronica berkata, ia disebabkan tekanan (stres), runsing dan kemurungan.

Malah katanya, amalan gaya hidup pada masa kini yang turut dipengaruh­i dengan kemodenan teknologi menyebabka­n masyarakat kurang berinterak­si sesama mereka secara bersemuka.

“Kalau kita lihat keadaan hidup masyarakat pada hari ini, lebih banyak masa dihabiskan untuk memegang gajet dan keadaan ini menyebabka­n interaksi kita dengan orang di sekeliling kita semakin berkuranga­n yang menjadi penyebab kepada masalah ini,” tegasnya.

Sehubungan itu tegasnya, untuk menangani individu yang mengalami masalah kesihatan mental, seseorang itu harus menjadi pendengar yang baik, tunjuk minat dan bersikap terbuka (tidak mengkritik).

“Ini penting agar individu berkenaan merasai bahawa kita menghargai dan memahami apa yang dirasainya,” ujarnya.

Terdahulu, Pengarah OUM Kuching Abdullah Borda dalam ucapannya berkata, universiti itu sentiasa menyokong penganjurk­an aktiviti bermanfaat.

Katanya, ia sebagai usaha pihaknya membantu menyediaka­n aktiviti untuk orang ramai.

“Justeru, kita amat mengalu-alukan cadangan dan buah fikiran orang ramai untuk kita bersamasam­a maju ke hadapan,” tambahnya.

 ??  ?? VERONICA memberi penerangan berkaitan kesihatan mental kepada peserta.
VERONICA memberi penerangan berkaitan kesihatan mental kepada peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia