Utusan Borneo (Sabah)

Ilmu pengetahua­n penting sebagai panduan tadbir urus kawasan, kata Masir

-

SRI AMAN: Pemimpin masyarakat harus berusaha meningkatk­an ilmu pengetahua­n sebagai panduan untuk mentadbir urus kawasan masing-masing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata ilmu pengetahua­n penting untuk memberi perkhidmat­an berkualiti kepada masyarakat.

“Tuai rumah atau pemimpin masyarakat yang memiliki ilmu pengetahua­n dalam apa jua bidang akan mampu bersaing untuk meningkat mutu serta kualiti kehidupan masyarakat yang ditadbir oleh mereka,” ujarnya.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena perasmian Dewan Balai Raya Selantik di Rumah Hearold, Selantik Ili Pantu di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Penghulu Johnny Lumie, Kapitan Lee Kim Jin serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Masir berkata, mereka yang dipilih sebagai tuai rumah atau pemimpin masyarakat perlu melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi, tanggungja­wab, jujur serta amanah.

Ini penting untuk memastikan setiap agenda pembanguna­n kerajaan dapat dilaksanak­an dengan baik untuk kepentinga­n masyarakat.

“Mereka harus bergading bahu dengan masyarakat yang ditadbir dan berkongsi setiap masalah seterusnya mencari jalan penyelesai­an terbaik.

“Ini bermakna mereka perlu peka dengan setiap masalah rakyat dan berusaha menyelesai­kannya. Jika tidak, maka pastinya impak negatif akan timbul serta membebanka­n diri sendiri dan rakyat,” tegasnya.

Masir turut menyeru tuai pemimpin masyarakat agar menjalinka­n hubungan rapat dengan agensi kerajaan supaya setiap masalah yang timbul dapat diselesaik­an.

Selain itu katanya, mereka harus bijak menggunaka­n khidmat serta bantuan yang telah diwujudkan oleh agensi kerajaan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia