Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan tempatan digalak terap nilai moral dalam masyarakat

-

MIRI: Setiap persatuan di sini diingatkan terus menggalak dan menerapkan nilai-nilai moral di kalangan masyarakat khususnya generasi muda.

MenteriMud­aPelancong­an, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata ia bagi membentuk dan melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan.

“Apabila kita menerapkan nilai-nilai murni, kita dapat membantu pembentuka­n pembanguna­n masyarakat yang aman dan harmoni serta perpaduan tinggi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum,” ujarnya pada majlis Makan Malam Ulang Tahun ke-35 Miri Chee Lee Khor Moral Uplifting Society di sini, Jumaat malam.

Jelas Lee, nilai-nilai murni perlu dicontohi daripada pertubuhan terbabit yang sentiasa menitikber­atkan nilai-nilai baik di kalangan ahli dengan saling menghulurk­an bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Setiap tahun mereka (Chee Lee Khor) sentiasa menyumbang­kan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik tanpa membezakan latar belakang.

“Sikap ini kita mahu terapkan di kalangan masyarakat agar perpaduan rakyat terus kukuh dan hidup dalam suasana aman damai,” katanya.

Pada majlis itu, Lee mengumumka­n peruntukan bernilai RM20,000 kepada pertubuhan itu.

Terdahulu, Timbalan Presiden Persekutua­n Persatuan Moral Uplifting Malaysia Tai Yin Kiong memuji usaha dilaksanak­an pertubuhan itu sepanjang 35 tahun memberi khidmat kepada masyarakat.

“Ini hanyalah permulaan. Walaupun sudah menjangkau selama 35 tahun masih banyak yang perlu kita lakukan.

“Oleh itu, setiap ahli memainkan peranan penting khususnya dalam mencapai matlamatut­amapertubu­han,” katanya.

Hadir sama Pengerusi Chee Hor Khor Moral Uplifting Society Datuk Lee Kee Seng, Adun Piasau Datuk Sebastian Ting, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii, Pengerusi Miri Chee Lee Khor Moral Uplifting Society, Tony Pui serta tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia