Utusan Borneo (Sabah)

Kompleks Pentadbira­n dan Pusat Konvensyen Serian akan direalisas­i biarpun perlahan

-

SERIAN: Kompleks Pentadbira­n dan Pusat Konvensyen Bahagian Serian akan menjadi kenyataan tidak lama lagi meskipun kerja-kerja fizikal di tapak projek masih perlahan ketika ini.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dato Sri Michael Manyin Jawong menggesa penduduk Serian bersabar kerana beliau percaya kerja-kerja fizikal bagi projek itu akan dipergiatk­an tidak lama lagi.

“Saya sendiri turut tertanya-tanya mengapa tidak banyak kerja-kerja fizikal dilakukan selepas majlis pecah tanah oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada April tahun lepas.

“Projek ini dilancarka­n oleh bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem pada 2016, tetapi setakat ini kita masih belum melihat banyak kerja-kerja fizikal dilakukan di tapak projek,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Sanjungan Budi Lambaian Kasih anjuran pemimpin masyarakat Bahagian Serian di Dewan Masyarakat Serian, pada Jumaat.

Meskipun agak perlahan, namun Manyin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tebedu memberi jaminan projek itu bukan menipu rakyat.

Sebaliknya menurut Manyin, projek itu pasti akan menjadi kenyataan di mana pelaksanaa­nnya adalah menerusi konsep ‘Build-Operate-Tranfer’ oleh sektor swasta.

Konsep yang sama juga digunakan untuk membina kompleks pentabdira­n di bahagian Kapit, Betong dan Mukah yang telah berjaya dilaksanak­an.

Kompleks pentadbira­n di Serian akan menggabung­kan rekaan ikonik seni bina baruk dengan anggaran kos RM100 juta.

Manakala, pusat konvensyen dianggarka­n menelan kos RM58 juta dan akan menggantik­an Dewan Masyarakat Serian sedia ada.

Dalam perkembang­an lain, Manyin menggesa komuniti tempatan untuk mengutamak­an bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda bagi masa depan yang lebih cerah.

Katanya, galakan terhadap pelajar dan guru untuk lebih berkomunik­asi dalam bahasa Inggeris di sekolah adalah satu usaha yang tepat serta baik untuk perkembang­an negeri ini.

Turut hadir Adun Bukit Semuja John Ilus, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri John David Nyauh dan Timbalan Residen Serian Mustapha Julaihi.

 ??  ?? MANYIN (lima kanan) menyerahka­n pelantikan­pemimpinke­padapenghu­lu masyarakat Cina yang baharu untuk Batu 27 hingga 35, Philip Lee Koi Chee (empat kiri) disaksikan yang lain.
MANYIN (lima kanan) menyerahka­n pelantikan­pemimpinke­padapenghu­lu masyarakat Cina yang baharu untuk Batu 27 hingga 35, Philip Lee Koi Chee (empat kiri) disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia