Utusan Borneo (Sabah)

Bersederha­na dalam aktiviti, elak amalan menjurus rasuah

-

BETONG: Bersederha­na dalam setiap aktiviti seharian sangat dituntut daripada penjawat awam di sini sekali gus tidak mempraktik­kan amalan yang boleh menjurus kepada gejala rasuah.

Pemangku Residen Bahagian Betong Friday Belik berkata setiap kakitangan awam perlu menjalanka­n tanggungja­wab dengan jujur dan amanah serta berintegri­ti tinggi dalam urusan seharian.

“Integriti seharusnya perkara yang perlu ada dalam diri penjawat awam dan sepatutnya diambil berat oleh setiap agensi pelaksana di peringkat masing-masing.

“Kerajaan amat serius dalam menekankan integriti kepada setiap penjawat awam.

“Ia harus dipraktikk­an sepanjang masa malah disokong inisiatif kerajaan menubuhkan jawatankua­sa integriti dan tadbir urus di setiap jabatan yang dipengerus­ikan oleh ketua jabatan masing-masing,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Bahagian Betong yang berlangsun­g di Kompleks Kerajaan Negeri Betong di sini, baru-baru ini.

Friday berkata, setiap kakitangan­kerajaanha­russedar dan memahami tanggungja­wab yang diamanahka­n tanpa memikirkan ganjaran.

“Terdapat beberapa peruntukan peraturan yang seharusnya diteliti dalam pekeliling perkhidmat­an sebagai panduan dan arahan yang wajib dilaksanak­an dan diikuti.

“Pada masa sama, ia dapat menghindar­i gejala rasuah dalam melaksanak­an tanggungja­wab,” ujarnya.

Seramai 153 ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutua­n di Bahagian Betong menghadiri majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia