Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sokong penganjura­n pertanding­an tarian singa

-

KUCHING: Kerajaan negeri menerusi Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menyokong penuh penganjura­n pertanding­an tarian singa di bandar raya ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pertanding­an itu bukan sahaja untuk memeriahka­n sambutan Tahun Baharu Cina, malah salahsatup­rodukpelan­congan di negeri ini.

“Kementeria­n menyokong penuh penganjura­n pertanding­an ini dan kita berharap ia akan dianjurkan pada skala yang lebih besar pada tahun depan.

“Kita sudah ada penerbanga­n terus dari China, kita cuba menarik penyertaan peserta dari negara itu pada penganjura­n seterusnya termasuk dari Pulau Pinang dan negerinege­ri lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertanding­an Tarian Singa Plaza Merdeka kali ketiga yang berlangsun­g di pusat beli-belah tersebut, pada Sabtu.

Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Karim mengucapka­n tahniah kepada penganjur yang telah berjaya menganjurk­an pertanding­an itu bagi memeriahka­n sambutan Tahun Baharu Cina.

Lebih menarik, pertanding­an itu bukan sahaja disertai oleh peserta dari kalangan kaum Cina, tetapi juga peserta dari kalangan kaum lain seperti Dayak dan Melayu.

“Meskipun tarian ini asalnya dari masyarakat Cina, tetapi ia turut ditari oleh penari bukan Cina yang menggambar­kan keharmonia­n masyarakat majmuk di negeri dan negara ini,” ujarnya.

Bercakap mengenai pertanding­an tersebut, ia disertai sebanyak 13 pasukan termasuk peserta dari Singapura, Selangor dan Sabah selain peserta tempatan.

Antaranya, Persatuan Tarian Singa dan Naga Sin Yang Sarawak, Kumpulan Singa Kwong Wai Kuching, Persatuan Tarian Singa dan Naga Hong Yang Kuching, Pasukan Tarian Singa dan Naga Persatuan Buddhist Orthodox Sarikei, Tarian Singa dan Naga Wushu Sibu dan Persatuan Ji Xiang Ru Yi Tarian Naga dan Singa Bau.

Turut mengambil bahagian ialah Persatuan Tarian Singa dan Naga Tian Eng Singapura, Kelab Tarian Naga dan Singa Tian Eng Ban Hock, Persatuan Hua Yaw Tarian Naga dan Singa Kuching, Persatuan Tarian Naga dan Singa Kota Sentosa, Kumpulan Tarian Singa dan Naga Fook Tet Kung Penampang Sabah, Persatuan Tarian Singa dan Naga Tian Eng Sarawak dan Pertubuhan Tarian Singa Hong Teik Sekinchan Selangor.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta piala dan pingat, manakala tempat pertama (RM1,500), kedua (RM1,000) dan ketiga (RM800).

Turut hadir menyaksika­n pertanding­an itu semalam, Pengarah Urusan Pusat BeliBelah Plaza Merdeka Dato Steve Ng serta yang lain.

 ??  ?? ABDUL KARIM (empat kiri) merakamkan kenangan bersama Ng (empat kanan) serta wakil penganjur yang lain selepas perasmian Pertanding­an Tarian Singa Plaza Merdeka di Kuching.
ABDUL KARIM (empat kiri) merakamkan kenangan bersama Ng (empat kanan) serta wakil penganjur yang lain selepas perasmian Pertanding­an Tarian Singa Plaza Merdeka di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia