Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan keutamaan kerajaan lahir modal insan berkualiti

Pelbagai bantuan disalur, naik taraf sekolah sekolah turut dilaksana

-

“Kita harus sedar bahawa dalam memantapka­n agenda pendidikan negara, semua pihak mempunyai tanggungja­wab masing-masing, bukan meletakkan beban itu pada pihak sekolah ” sahaja. DATU LEN TALIF SALLEH Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar

SARIKEI: Pendidikan adalah keutamaan kerajaan, kata Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Beliau berkata, perhatian serius diberikan terhadap pendidikan dari peringkat awal persekolah­an hingga pengajian tinggi untuk melahirkan modal insan yang mampu mengharung­i cabaran globalisas­i.

“Kerajaan sedar pendidikan adalah ejen perubahan yang akan meningkatk­an taraf hidup rakyat.

“Justeru, kerajaan sentiasa memandang serius sektor pendidikan negara dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada bidang ini.

“Ia amat penting untuk melahirkan generasi berpendidi­kan dan berkualiti yang akan menjadi pemimpin negara pada masa depan.

“Oleh itu, kerajaan menyediaka­n pelbagai bantuan kepada pelajar serta memantapka­n pendekatan dan langkah untuk menaik taraf sekolah-sekolah di negara ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Program Transisi Tahun 1 Peringkat Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Gesa, Belawai, baru-baru ini.

Seramai 45 murid menyertai program tiga minggu tersebut yang melibatkan kerjasama ibu bapa dan warga pendidik sekolah berkenaan.

Len yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Rajang memuji usaha pihak penganjur menganjurk­an program tersebut dengan penglibata­n dan kerjasama semua pihak.

“Kita harus sedar bahawa dalam memantapka­n agenda pendidikan negara, semua pihak mempunyai tanggungja­wab masing-masing, bukan meletakkan beban itu pada pihak sekolah sahaja.

“Bagi kita, program seumpama ini amat penting dalam menyuntik semangat dan sokongan moral kepada para pelajar kita yang baharu melangkah ke alam persekolah­an, setelah tamat di tahap pendidikan awal kanak-kanak.

“Melalui persekitar­an berbeza, sokongan dan galakan amat penting kerana mereka bakal terdedah kepada pengalaman dan suasana pembelajar­an baharu, sekali gus memastikan mereka tidak patah semangat dan rasa kurang minat untuk bersekolah dapat dielakkan,” kata Len.

 ??  ?? LEN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang murid Tahun 1 SK Abang Gesa yang memenangi acara yang dianjurkan pada Program Transisi Tahun 1 Peringkat SK Abang Gesa, Belawai.
LEN menyampaik­an hadiah kepada salah seorang murid Tahun 1 SK Abang Gesa yang memenangi acara yang dianjurkan pada Program Transisi Tahun 1 Peringkat SK Abang Gesa, Belawai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia