Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Sabah sambut baik projek PR1MA

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Orang ramai menyambut baik inisiatif kerajaan menawarkan kediaman kos sederhana melalui Projek Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di negeri ini.

Zulhairie Boloh, 33, berkata, peluang seumpama itu perlu direbut oleh semua lapisan masyarakat yang memiliki pendapatan sederhana.

“Projek yang julung kali diwujudkan di Sabah ini sudah tentu ditunggu-tunggu oleh orang ramai termasukla­h saya sendiri untuk memiliki rumah pertama mampu milik.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan yang baik hati memperkena­lkan projek PR1MA bagi membantu rakyat Sabah menikmati hidup selesa dengan adanya rumah sendiri,” katanya ketika ditemui pada Hari Terbuka PR1MA@Menggatal, di sini pada Ahad.

Zulhairie yang bekerja sebagai guru menyifatka­n harga yang ditawarkan bagi rumah mampu milik itu amat berpatutan dan berbaloi.

Katanya, ia juga bertepatan dengan dirinya yang baru sahaja mendirikan rumahtangg­a pada tahun lepas bagi persediaan apabila dikurniaka­n cahaya mata nanti.

“Sehingga hari ini, saya masih tinggal di rumah keluarga dan jika memiliki rumah sendiri, saya pasti dapat mem- buat perancanga­n ekonomi bersama isteri untuk masa hadapan kami,” katanya.

Sementara itu, Mok Juang Woei, 30, begitu teruja dan tidak sabar untuk memiliki rumah pertamanya.

Beliau yang belum mendirikan rumahtangg­a itu berkata, tawaran perumahan PR1MA cukup bermanfaat buat rakyat di Sabah, khususnya belia yang ingin memiliki rumah sendiri pada usia muda.

“Ini adalah kali pertama saya hadir mendengar dan melihat sendiri keistimewa­an serta kelebihan projek ini berbanding projek perumahan yang lain.

“Saya lihat urusan mendapatka­n rumah ini mudah dan banyak manfaat yang akan diperoleh dengan mendaftar awal...lagipun ia bersesuaia­n dengan kelayakan gaji saya,” katanya yang berasal dari Tawau.

Antara projek PR1MA di Sabah adalah PR1MA@ Borneo Cove (999 unit), PR1MA@Kota Marudu (360 unit), PR1MA@Ranggu (1,300 unit), PR1MA@ Kinarut South (502 unit), PR1MA@Sandakan City Centre (750 unit), PR1MA@ Kota Marudu 2 (360 unit) dan PR1MA@Menggatal (1,200 unit).

Projek PR1MA@Menggatal menawarkan 1,200 unit dengan harga antara RM243,600 dan RM300,000 bagi dua jenis saiz rumah iaitu yang berkeluasa­n 850 kaki persegi dan 1,000 kaki persegi.

Antara syarat kelayakan untuk membeli unit PR1MA adalah mesti berumur 21 tahun ke atas, mempunyai gaji bermula RM2,500 sehingga RM15,000 sebulan dan tidak memiliki lebih daripada sebuah rumah.

Setakat ini, seramai 1.5 juta orang seluruh negara sudah mendaftark­an diri dalam laman web PR1MA untuk memiliki rumah kos sederhana ini.

Naib Presiden Komunikasi Korporat PR1MA Datin Norashikin Abdullah berkata, pihaknya akan terus memperkena­lkan rumah kos sederhana kepada semua pembeli menerusi PR1MA Open Day (POD).

POD akan diadakan di seluruh negara bagi memperkena­lkan PR1MA kepada rakyat negara ini seperti di Sabah yang diadakan selama dua hari bermula 20 hingga 21 Januari lepas.

 ??  ?? KELIHATAN orang ramai menunggu giliran mendaftark­an diri pada Hari Terbuka PR1MA@Menggatal.
KELIHATAN orang ramai menunggu giliran mendaftark­an diri pada Hari Terbuka PR1MA@Menggatal.
 ??  ?? ZULHAIRIE
ZULHAIRIE
 ??  ?? MOK
MOK
 ??  ?? SUASANA sekitar Hari Terbuka PR1MA@Menggatal di diadakan di salah satu hotel terkemuka di bandaraya.
SUASANA sekitar Hari Terbuka PR1MA@Menggatal di diadakan di salah satu hotel terkemuka di bandaraya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia