Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia hantar surat bantahan kepada 27 anggota EU berhubung isu minyak sawit

-

TELUK INTAN: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi telah menghantar surat bantahan kepada 27 anggota Kesatuan Eropah (EU) berhubung cadangan blok itu mengharamk­an Biobahan Api Berasaskan Minyak sawit menjelang 2020.

Menteri bertanggun­gjawab Datuk Seri Mah Siew Keong berkata pihaknya telah menghantar surat bantahan tersebut menerusi duta-duta negara EU di negara ini, Jumaat lepas.

“Sebanyak 10 alasan dikemukaka­n dalam surat bantahan berkenaan mengenai cadangan EU itu yang didapati tidak benar dan tidak adil, terutama kepada kira-kira 650,000 pekebun kecil sawit di negara ini.

“Walaupun Parlimen Eropah telah mengeluark­an resolusi, namun mereka perlu mengadakan perbincang­an dengan menterimen­teri 27 anggota EU terlebih dahulu sebelum keputusan muktamad mengenai pengharama­n komoditi berkenaan dalam biobahan api,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas penyera- han sumbangan cermin mata kepada 780 warga emas bagi kawasan Parlimen Teluk Intan, di sini semalam.

Mah berkata beliau telah mengadakan perbincang­an dengan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berhubung perkara tersebut.

Beliau berkata dakwaan EU bahawa penanaman kelapa sawit boleh memusnahka­n alam sekitar, tidak boleh diterima sama sekali.

Parlimen Eropah juga meluluskan resolusi yang mensyaratk­an hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh diimport ke pasaran EU selepas 2020.

Ketetapan itu menekankan perlunya pensijilan tunggal pasaran eksport minyak sawit ke Eropah yang menetapkan penghasila­n secara lestari tanpa membabitka­n aktiviti penebangan hutan. -Bernama

 ??  ?? MAH Siew Keong menunjukka­n surat bantahan yang telah dihantar kepada 27 menteri negara Eropah mengenai Kesatuan Eropah yang bercadang menyekat minyak sawit Malaysia pada 2021 atas alasan boleh menjejaska­n kesihatan dan kelestaria­n alam ketika sidang...
MAH Siew Keong menunjukka­n surat bantahan yang telah dihantar kepada 27 menteri negara Eropah mengenai Kesatuan Eropah yang bercadang menyekat minyak sawit Malaysia pada 2021 atas alasan boleh menjejaska­n kesihatan dan kelestaria­n alam ketika sidang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia