Utusan Borneo (Sabah)

Rebut peluang pasar barangan di Karnival 1Malaysia

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Usahawan tempatan diseru untuk merebut peluang dalam perniagaan bagi memasarkan barangan mereka.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Sepanggar Datuk Yakub Khan berkata program Karnival 1Malaysia Sentuhan Rakyat mampu membantu usahawan tempatan untuk mendapat tempat bagi meningkatk­an pendapatan mereka.

“Ini adalah satu program kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Parlimen Sepanggar yang diselarask­an oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) dengan membawa satu usaha kepada masyarakat agar dapat menikmati barangan yang lebih murah dan berpatutan.

“Jadi, kita menyeru kepada usahawan yang ada di luar sana agar merebut peluang seumpama ini untuk memasarkan barangan mereka.

“Hari ini saja, kita lihat ramai peniaga datang termasukla­h pasaraya Giant dengan penawaran harga barang yang lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Karnival 1Malaysia Sentuhan Rakyat di sini pada Ahad.

Katanya berikutan keberkesan­annya, pihaknya akan meneruskan program itu ke tempat lain di kawasan Parlimen Sepanggar.

“Kita lihat pada hari ini sambutan yang amat menggalakk­an maka kita akan berusaha untuk meneruskan program seumpama ini dari satu ke satu tempat dalam kawasan Parlimen Sepanggar.

“Kita harap usaha ini akan dapat dilakukan secara berterusan demi kepentinga­n rakyat di kawasan Sepanggar ini,” katanya.

Yakub berkata pihaknya merancang untuk mengadakan program seumpama itu di setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan Sepanggar.

“Kita mempunyai 25 PDM dalam Parlimen Sepanggar. Namun, bukan semua PDM itu akan kita adakan kerana kita melihat kepada kepadatan dan kemudahan perhubunga­n.

“Kita akan bergerak ke kawasan tumpuan dan mempunyai kepadatan penduduk,” jelasnya.

Turut hadir ialah Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid.

 ??  ?? YAKUB (dua kiri) dan Jainab (tiga kiri) melawat salah satu tapak usahawan pada karnival berkenaan.
YAKUB (dua kiri) dan Jainab (tiga kiri) melawat salah satu tapak usahawan pada karnival berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia