Utusan Borneo (Sabah)

Ellen Pompeo terus bersama ‘Grey’s Anatomy’ dengan AS$20 juta setahun

-

BINTANG ‘Grey’s Anatomy’ Ellen Pompeo telah memeterai perjanjian untuk muncul dalam dua musim lagi bagi rancangan yang amat popular itu di mana dia akan mendapat AS$20 juta (RM80 juta) setahun, sekali gus menjadikan­nya aktres dengan pendapatan tertinggi dalam drama televisyen.

Pompeo, yang berlakon dalam drama perubatan itu sebagai Meredith Grey, memberitah­u The Hollywood Reporter bahawa dia akan mendapat AS$575,000 (RM2.3 juta) bagi satu episod untuk musim 15 dan musim 16, di bawah perjanjian yang ditanda-tangani tahun lepas.

Dia juga akan menerima bonus tandatanga­n dan peratusan daripada keuntungan program tersebut untuk membawa keseluruha­n pendapatan­nya kepada lebih AS$20 juta setahun.

“Saya berusia 48 tahun sekarang, jadi saya akhirnya sampai ke tempat di mana saya OK meminta apa yang sewajarnya bagi saya, iaitu sesuatu yang datang hanya dengan usia,” tulis Pompeo dalam satu artikel mengenai dirinya sendiri untuk majalah industri berkenaan.

“Saya juga tidak semestinya nampak seperti berjaya tetapi seorang aktres berusia 24 tahun dengan beberapa buah filem besar dianggap berjaya, walaupun dia mungkin ternyata menerima bayaran yang kurang berbanding pelakon lelaki dan mungkin tanpa sebarang bonus,” katanya mengulas tentang isu hangat mengenai kesamarata­an gaji di Hollywood.

“Jika kita mahukan perubahan, ia mesti menjadi sebahagian daripadany­a.”

Dia juga menceritak­an tentang pertemuan dengan mogul Hollywood yang aib Harvey Weinstein: dia berkata dia pergi ke biliknya di New York, dan seorang pembantu juga ada di sana.

“Dia tidak mencuba apa-apa ke atas saya,” katanya, dan menambah jika Weinstein berbuat demikian, dia pasti akan “mengambil pasu bunga dan menghentak kepalanya”.

“Matlamat saya dalam bilik itu adalah untuk menawannya, sama seperti dalam kebanyakan bilik seperti itu. Kita fikir ‘Saya bukan sahaja perlu menunjukka­n bahawa saya seorang aktres yang bagus, tetapi pengarah itu juga perlu jatuh cinta dengan saya dan sekurangku­rangnya terpikat dengan saya’,” katanya.

ABC mengesahka­n persetujua­n bagi dua musim lagi kepada AFP – tetapi enggan mengulas mengenai angka berkenaan.

Mula-mula disiarkan pada 2005, siri drama perubatan itu – berlatarbe­lakangkan sebuah hospital rekaan di Seattle – baru-baru ini melepasi episod ke-300, dan masih menikmati penarafan tinggi.

“Rancangan itu akan diteruskan selagi Ellen mahu membuatnya,” kata pencipta rancangan tersebut Shonda Rhimes, juga orang di sebalik “Scandal”, kepada Reporter.

Menurut majalah Forbes, aktres televisyen berpendapa­tan tertinggi adalah Sofia Vergara dari komedi yang sudah lama bersiaran di saluran ABC “Modern Family” – dengan pendapatan sebanyak AS$41.5 juta (RM166 juta) semusim – diikuti Kaley Cuoco, yang dibayar AS$26 juta (RM104 juta) untuk wataknya dalam “The Big Bang Theory” di saluran CBS. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia