Utusan Borneo (Sabah)

Pluto ungguli Kejohanan Balapan dan Padang SM St John Beaufort

-

BEAUFORT: Rumah Sukan Pluto telah menjadi juara keseluruha­n Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Menengah Saint John (M) Beaufort yang diadakan di Kompleks Sukan Beaufort, baru-baru ini.

Pluto dinobatkan sebagai juara apabila memperoleh­i 21 pingat emas 10 perak dan 9 gangsa meninggalk­an rumah sukan lain jauh di belakang sejak hari pertama kejohanan.

Tempat kedua ialah Rumah Sukan Zuhal dengan memperoleh­i 15 emas 11 perak dan 13 gangsa. Rumah Sukan Marikh hanya mampu mengutip 8 emas 10 perak dan 8 gangsa berada di tempat ketiga.

Sementara itu Neptune mengutip 5 emas 17 gangsa dan 17 perak jauh daripada pencapaian­nya dalam kejohanan sama tahun lalu berada di kedudukan keempat.

Paling manis kejayaan Pluto pada temasya ini apabila turut dinobatkan sebagai juara pertanding­an perbarisan dalam kejohanan berkenaan yang turut disaingi dengan sengit oleh pasukan Rumah Marikh di tempat kedua Rumah Neptune tempat ketiga dan Zuhal di tempat keempat.

Kejohanan dua hari itu telah menobatkan Raziasde Basnih dari rumah Zuhal sebagai Olahragawa­n kategori lelaki 18TKB apabila memperoleh­i emasdalama­cara400m,800m, 4X100m dan 4X400m.

Sementara Salvisna Limbayan mewakili rumah Pluto dinobatkan sebagai Olahragawa­ti kategori perempuan 18TKB apabila memperoleh­i emas melalui acara 100m, 200m, 4X400m dan Lompat Jauh.

Sekali lagi kecemerlan­gan atlet pasukan Pluto terserlah apabila Mohd Nazrul Md Saidin dinobatkan sebagai Olahragawa­n kategori lelaki 15TKB. Nazrul memperoleh­i emas melalui acara Lompat jauh, Merejam Lembing, Lempar Cakera, 4X100m dan 4X400m.

Olahragawa­ti kategori perempuan 15TKB telah dimenangi oleh Wardina Awang yang mewakili rumah sukan Marikh dengan memperoleh­i 4 pingat emas. Atlet harapan Marikh berkenaan memperoleh­i emas melalui acara 400m, 800m, 1500m dan 4X400m.

Ketika ditemui selepas kejohanan Setiausaha Sukan sekolah berkenaan Chrisroger Shamsudin memuji kesungguha­n dan pencapaian atlet pada tahun ini.

Menurutnya selain mencungkil bakat sukan dalam kalangan pelajar ianya juga bertujuan untuk memilih atlet sekolah ke kejohanan balapan dan padang peringkat daerah yang dijangka diadakan Februari depan.

“Saya mengharapk­an para atlet yang terpilih akan berusaha bersungguh­sungguh berlatih agar boleh bersaing dengan atlet-atlet dari sekolah lain di daerah ini,” katanya.

Pengetua Seah Soo Lin dalam ucapan perasmiann­ya mengucapka­n terima kasih kepada semua khususnya kepada semua guru dan para pelajar.

Beliau juga mengucapka­n tahniah kepada ibu bapa yang hadir khususnya para AJK PIBG yang hadir untuk memberikan sokongan kapada anak masingmasi­ng.

Beliau mengingatk­an para pelajar agar sentiasa menjaga disiplin dalam apa jua bidang sama ada bidang kokurikulu­m mahupun bidang akademik serta sahsiah jika mahu mengecapi kejayaan dalam kehidupan.

Dalam ucapan alualuanny­a Penolong Kanan Kokurikulu­m Banjamin Hj Atin mengucapka­n setinggiti­nggi terima kasih atas komitmen semua pihak termasukla­h semua pelajar, semua atlet dan semua guru yang menjayakan kejohanan berkenaan dengan jayanya.

“Tanpa kerjasama dan komitmen semua pihak temasya ini tidak akan dapat dilaksanak­an dengan jayanya,” katanya.

Upacara perasmian penutupan turut diserikan dengan persembaha­n tarian oleh kelab tarian sekolah.

Turut hadir dalam majlis yang penuh warna warni itu ialah Penolong Kanan Pentadbira­n Albert Lai Chin, Penolong Kanan HEM A.Razak Othman, Naib Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG, para ibu bapa serta bekas pelajar Sekolah Menengah Saint John Beaufort.

 ??  ?? RUMAH Sukan Pluto juara keseluruha­n.
RUMAH Sukan Pluto juara keseluruha­n.
 ??  ?? ANTARA pemenang acara balapan.
ANTARA pemenang acara balapan.
 ??  ?? CHRISROGER
CHRISROGER
 ??  ?? ANTARA aksi para atlet dalam kejohanan itu.
ANTARA aksi para atlet dalam kejohanan itu.
 ??  ?? RUMAH Sukan Neptune di tempat keempat.
RUMAH Sukan Neptune di tempat keempat.
 ??  ?? RUMAH Sukan Zuhal muncul tempat kedua.
RUMAH Sukan Zuhal muncul tempat kedua.
 ??  ?? RUMAH Sukan Marikh di tempat ketiga.
RUMAH Sukan Marikh di tempat ketiga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia