Utusan Borneo (Sabah)

SASA umum 20 perenang

-

KINABALU: Persatuan Sukan Akuatik Sabah (SASA) mengumum senarai 20 perenang yang akan mewakili Sabah menyertai Kejohanan Renang Kumpulan Umur Peringkat Kebangsaan 2018.

Presiden SASA Anthony Kiob berkata, kejohanan itu akan berlangsun­g di Pusat Akuatik Kebangsaan, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula 15-18 Mac hadapan.

“Kita berbangga kerana senarai perenang yang terpilih ini meningkat berbanding hanya 16 perenang yang membawa cabaran ini tahun lalu.

“Persiapan kita giat dijalankan oleh mereka yang terpilih sebelum mereka ini dipusatkka­n di ibu negeri untuk menjalani latihan intensif sebelum bertolak ke ibu negara,” jelas beliau.

Perenang-perenang yang terpilih terdiri dari Jay Lo, Samuel Ng, Yipp Sin Hung, Gerald Tsen, Edwin Law, Adrian Frederic, Eddie Law, Sharifah Destinee, Loo Yie Bing, Beverly Lai, Loo Yie Cheng, Yong Xing Ru, Shane Chong, Chu Xin Ying, Lovell Wong, Yong Zi Yi, Lo Meng Sum, Logan Wong, Hollymax Bell dan Sharon Voon.

“Kesemua mereka ini terpilih semasa menyertai Kejohanan Renang Kumpulan Umur Antarabang­saSabah(SiAG) yang berlangsun­g di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas minggu lalu.

“Untuk itu, saya berterima kasih kepada semua persatuan dan kelab-kelab renang seluruh negeri Sabah, para atlet, ibu-bapa serta para penaja yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan dorongan untuk kita terus melahirkan perenang berbakat,” tambah beliau.

-Oleh DESMOND QWEK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia