Utusan Borneo (Sabah)

Barca nafikan laporan Sport Griezmann setuju sertai barisan bintang Valverde

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona menafikan sekerasker­asnya dakwaan yang ditulis akhbar sukan harian Sepanyol, Sport, Sabtu lepas di mana mereka sudah mencapai satu persetujua­n untuk mendapatka­n penyerang Antoine Griezmann dari Atletico Madrid pada akhir musim ini.

“Penyerang Atletico Madrid sudah bersetuju untuk menyertai Barcelona dan akan di bawah kendalian (jurulatih Barca), Ernesto Valverde pada musim hadapan,” tulis Sport, sambil menambah klausa pelepasan kontrak Griezmann berjumlah 200 juta euro, akan dikurangka­n kepada separuh pada 1 Julai.

Bagaimanap­un, Barcelona mengambil satu tindakan yang jarang dilakukan dengan mengeluark­an satu kenyataan untuk menafikan laporan dari akhbar yang berpusat dari wilayah Catalan.

“FC Barcelona menafikan sekeras-kerasnya maklumat yang muncul dalam beberapa jam di beberapa media berhubung pemain Atletico Madrid, Antoine Griezmann dan satu dakwaan perjanjian dengan kelab kami,” kata kenyataan menerusi laman sesawang rasmi Barca.

Tindakan Barca itu boleh dijelaskan dengan aduan dibuat oleh Atletico kepada badan induk bola sepak dunia (FIFA) mengenali “perhubunga­n berulang kali” di antara Barca dan penyerang antarabang­sa Perancis itu.

“FC Barcelona menyuaraka­n bantahan dengan apa yang berlaku dan menegaskan ia menghormat­i sepenuhnya kelab Atletico Madrid,” tambah kenyataan.

Barcelona berusaha menambah pemain kualiti ke dalam skuad semenjak penyerang mereka, Neymar, berpindah ke Paris Saint Germain (PSG) untuk rekod perpindaha­n dunia pada bulan Ogos lepas.

Philippe Coutinho tiba di Barca dari Liverpool pada bulan ini dengan yuran perpindaha­n bernilai 180 juta euro.

Tidak mahu menambah lagi spekulasi, Valverde mengenepik­an sebarang rundingan perpindaha­n pada sidang media sebelum perlawanan menentang Real Betis.

“Griezmann adalah seorang pemain hebat yang bermain untuk kelab lain yang kami hormati,” kata beliau. -AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia