Utusan Borneo (Sabah)

Christian turut mara acara beregu

- -Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Pemain kebanggaan Sabah dan Malaysia Christian Didier Chin meneruskan aksi cemerlang berpasanga­n Siddhant Banthia memenangi pusingan pertama acara Beregu Remaja Lelaki di Terbuka Australia 2018 di Taman Melbourne.

Berganding­an pemain dari India, pasangan Christian/Siddant menewaskan gandingan Adrian Andreev/Lodewijk Weststrate (Bulgaria/Belanda) menerusi set pertama yang agak mudah 6-1.

Mereka nampak agak selesa ketika mendahului 3-0 dalam set kedua tetapi berjaya dikejar pada kedudukan 5-5 sebelum lawan mendahului 6-5.

Christian/Siddhant tidak menyerah kalah bangkit menyamakan kedudukan 6-6 memaksa mata terakhir set ditentukan menerusi `tiebreak’ sebelum mereka mencatat (7-5) untuk kemenangan 7-6.

Kemenangan itu merupakan satu lagi sejarah buat tenis Sabah dan negara selepas Christian menjadi pemain pertama dari Malaysia, sejak hampir 40 tahun, mara ke pusingan kedua untuk acara perseorang­an dan beregu dalam kategori Grand Slam remaja.

Pada Sabtu, Christian bangkit penuh bergaya menewaskan pemain remaja terbaik Australia; Thomas Bosancic menerus keputusan 3-6, 60, 7-6 (7-3) untuk melepasi pusingan pertama.

Hari ini, di gelanggang No.10, Christian akan mengharung­i perlawanan pusingan kedua acara perseorang­an berhadapan Wojciech Marek dari Poland pada masa Malaysia bermula 8.00 pagi.

Perlawanan itu boleh ditonton secara langsung menerusi laman rasmi kejohanan htttps://ausopen.com(Match Centre-Schedule-All Courts (Court 10).

 ??  ?? CHRISTIAN Chin (kiri) dan Siddhant Banthia selepas memenangi pusingan pertama acara Beregu Remaja Lelaki di Terbuka Australia 2018 di Taman Melbourne pada Ahad.
CHRISTIAN Chin (kiri) dan Siddhant Banthia selepas memenangi pusingan pertama acara Beregu Remaja Lelaki di Terbuka Australia 2018 di Taman Melbourne pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia