Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk budaya sukan: Samsudin

Lahirkan lebih ramai jaguh sukan bertaraf antarabang­sa

-

SANDAKAN: Impian melahirkan lebih ramai jaguh sukan bertaraf antarabang­sa seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol David, Pandelela Rinong dan Azizulhasn­i Awang pastinya sukar direalisas­ikan andai rakyat Malaysia tidak diterapkan dengan budaya bersukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata pembabitan rakyat di daerah ini dalam aktiviti fizikal dan sukan tidak seperti negara luar yang amat menitikber­atkan untuk menerapkan budaya dan gaya hidup bersukan.

“Budaya ini memberi impak kepada pencapaian kita di peringkat tertinggi. Jika tiada budaya bersukan, tapak penyertaan sukan kita semakin menyusut. Bila tiada budaya bersukan, ibu bapa tidak menggalakk­an anak-anak mereka menyemai minat dan mengasah bakat dalam sukan.

“Natijahnya, usaha menjadi rakyat lebih aktif bakal mencetuska­n satu gerakan yang mampu meningkatk­an pembabitan sukan di peringkat akar umbi, sekali gus membentuk lebih ramai bintang sukan untuk masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Sekong Ke-13 bagi tahun 2018 di Kompleks Sukan Sandakan pad Sabtu.

“Apa yang penting, kita semua mengambil langkah pertama ke arah Malaysia yang lebih cergas dan sihat. Inilah semangat sebenar kesukanan dalam satu pasukan.

“Melalui bersukan, kita bukan sahaja dapat men- gamalkan budaya hidup sihat, lebih daripada itu dapat melahirkan atlit yang dapat bersaing di peringkat negeri, kebangsaan, dan tidak mustahil di peringkat antarabang­sa,” katanya yang juga ketua bahagian Umno Batu Sapi.

Samsudin berkata kerajaan melalui pelbagai agensinya sentiasa komited untuk membantu mereka yang telah dikenal pasti berpotensi cemerlang dalam setiap bidang sukan yang mereka ceburi.

Katanya acara sukan di peringkat negeri, nasional dan antarabang­sa memberikan sumbangan besar serta mampu menjana ekonomi negara.

“Kita tidak lagi boleh melihat sukan hanya daripada sudut pertanding­an dan ke- juaraan semata-mata, tetapi ia menjadi sebahagian daripada sumbangan besar kepada ekonomi negara,” katanya.

Dalam majlis itu, Samsudin turut menyampaik­an sumbangan kewangan RM1,000 untuk kejohanan sukan berkenaan. Turut hadir, Pegawai Pendidikan Daerah Sharif Mahada Sharif Attar, wakil Pengerusi Pengelola Kejohanan Saleha Baharon serta guru-guru dan pelajar yang menyertai kejohanan itu.

Budaya ini memberi impak kepada pencapaian kita di peringkat tertinggi. Jika tiada budaya bersukan, tapak penyertaan sukan kita semakin menyusut. Bila tiada budaya bersukan, ibu bapa tidak menggalakk­an anak-anak mereka menyemai minat dan mengasah bakat dalam sukan. DATUK SAMSUDIN YAHYA Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong

 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan untuk kejohanan sukan itu.
SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan untuk kejohanan sukan itu.
 ??  ?? SAMSUDIN merasmikan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Sekong.
SAMSUDIN merasmikan Kejohanan Olahraga Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah (MSS) Zon Sekong.
 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.
SAMSUDIN menyampaik­an hadiah kepada para pemenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia