Utusan Borneo (Sabah)

SK Kituntul juara MSS Zon Tengah

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Zon Tengah

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: SK Kituntul muncul juara keseluruha­n Kejohanan Sukan Balapan dan Padang MSS Zon Tengah di Kompleks Sukan Ranau.

Kejohanan kali ke-36 melibatkan 11 sekolah itu telah dirasmikan Penyelia Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Daerah Ranau George Stephen Misson.

SK Kituntul meraih 6 pingat emas dan 1 gangsa manakala SK Kilimu di tempat kedua dengan kutipan 4 emas, 4 perak dan 1 gangsa, disusuli di tempat ketiga oleh SK Kandawayon dengan 3 emas, 3 perak dan 2 gangsa.

Sementara itu, Raykenlee Richard dan Arzawati Kahidin, kedua-duanya dari SK Kituntul, masingmasi­ng dinobatkan sebagai Olahragawa­n dan Olahragawa­ti sempena kejohanan bertemakan ‘1 Murid 1 Sukan’ itu yang merupakan medan pemilihan peserta berpotensi untuk mewakili MSS Zon Tengah ke kejohanan MSS peringkat daerah (MSSD) Ranau tidak lama lagi.

Acara Perbarisan Lintas Hormat diungguli kontinjen SK Kilimu, tempat kedua SK Waang dan ketiga SK Kinapulida­n.

George dalam ucapannya memuji jawatankua­sa pelaksana MSS Zon Tengah kerana berjaya mengendali­kan kejohanan dengan lancar, teratur dan meriah setiap tahun.

“Kejohanan seumpama ini bukan sahaja medan pemilihan peserta mewakili zon ke kejohanan peringkat daerah, malah mampu memupuk

“Kejohanan seumpama ini bukan sahaja medan pemilihan peserta mewakili zon ke kejohanan peringkat daerah, malah mampu memupuk perpaduan dalam kalangan guru dan ibu bapa bagi melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan cerdas minda.

GEORGE STEPHEN MISSON Penyelia Pembanguna­n Kemanusiaa­n Pejabat Pendidikan Daerah Ranau

perpaduan dalam kalangan guru dan ibu bapa bagi melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan cerdas minda,” katanya.

Beliau menasihatk­an pelajar supaya menseimban­gkan penglibata­n aktif dalam sukan (kokurikulu­m) dengan aspek kurikulum (akademik) memandangk­an keduaduany­a adalah sama penting dalam kemanjadia­n setiap pelajar.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Waang Judith Masital selaku pengerusi jawatankua­sa penganjur kejohanan itu.

 ??  ?? KONTINJEN SK Kituntul merakam gambar kenangan bersama guru-guru.
KONTINJEN SK Kituntul merakam gambar kenangan bersama guru-guru.
 ??  ?? GEORGE menyampaik­an hadiah kepada Arzawati (Olahragawa­ti).
GEORGE menyampaik­an hadiah kepada Arzawati (Olahragawa­ti).
 ??  ?? JUDITH menyampaik­an cenderahat­i kepada George.
JUDITH menyampaik­an cenderahat­i kepada George.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia