Utusan Borneo (Sabah)

Hanya bayar RM10 sempena Hari Pengampuna­n kompaun DBKK

Sempena Hari Pengampuna­n kompaun pada 2 Feb

-

KOTA KINABALU: Bersempena dengan Hari Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari 2018, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan Hari Pengampuna­n bagi kompaun di bawah UndangUnda­ng Kecil (Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang Bertanggun­gjawab kepada DBKK, Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah berkata, kompaun yang dikeluarka­n di bawah undang-undang kecil tersebut, yang melibatkan kesalahan letak kereta serta kesalahan berkaitan kupon letak kereta, hanya akan dikenakan bayaran RM10 bagi setiap kompaun.

Selain itu, mereka yang masih mempunyai tunggakan caj tiket letak kereta (sistem tiket sebelum sistem kupon dilaksanak­an) juga akan diberikan penguranga­n, yang mana pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM10 untuk setiap kenderaan yang mempunyai tunggakan.

Edward berkata, Hari Pengampuna­n ini diputuskan setelah berbincang dengan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan diluluskan oleh Lembaga Penasihat DBKK.

Kadar penguranga­n seumpama ini dilaksanak­an bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-18 Bandaraya Kota Kinabalu dengan tujuan untuk memudahkan orang awam menjelaska­n kompaun letak kereta dan tunggakan caj tiket letak kereta mereka.

Orang ramai dinasihatk­an untuk mengambil peluang ini membuat pembayaran di kaunter pembayaran di tingkat bawah, Bangunan DBKK, yang akan dibuka bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.30 malam pada Feb 2.

Selain daripada Hari Pengampuna­n ini, DBKK akan mengadakan beberapa aktiviti sempena Hari Bandaraya pada 2 Februari seperti Upacara Menaikkan Bendera di Padang Merdeka pada jam 2.00 petang diikuti oleh perarakan street parade dari Padang Merdeka ke Bangunan DBKK.

Selain itu, aktiviti jualan gerai-gerai juga akan dibuat di pekarangan bangunan DBKK serta konsert mini pada jam 7.00 malam sehingga 10.30 malam di tempat letak kereta DBKK.

Disampingk­aunter-kaunter perkhidmat­an DBKK, jabatan-jabatan lain juga akan turut membuka kaunter masing-masing seperti Polis dan Jabatan Pengangkut­an Jalan.

Sementara itu, selepas 2 Februari 2018, DBKK Holdings Sdn. Bhd. akan meneruskan Bulan Pengampuna­n yang melibatkan tunggakan kompaun berkaitan kesalahan kupon letak kereta dan tunggakan caj tiket letak kereta.

Dari 3 Februari hingga 31 Mac 2018, semua tunggakan kompaun berkaitan kesalahan kupon tempat letak kereta hanya akan dikenakan kadar asal.

Ini bermakna kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 9(1), 9(2a)-(2e), 10(1)(3) ialah RM10 bagi setiap kesalahan dan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 5(a) ialah RM30 bagi setiap kesalahan.

Bagi tunggakan caj tiket letak kereta, hanya caj fee (harga asal tiket) sahaja akan dikenakan.

Orang ramai boleh menyemak sekiranya mereka ada sebarang kompaun letak kereta melalui laman web https://ecompound.dbkk. sabah.gov.my.

Bagi menyemak kompaun kesalahan letak kereta, sila hubungi Jabatan Penguatkua­saan, DBKK di talian 088-521800.

Bagi menyemak kompaun kesalahan kupon letak kereta dan tunggakan caj tiket letak kereta, sila hubungi Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn. Bhd., tingkat 1, KK Plaza di talian 088-270181 / 182.

Orang ramai dinasihatk­an untuk mengambil peluang ini membuat pembayaran di kaunter pembayaran di tingkat bawah, Bangunan DBKK, yang akan dibuka bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.30 malam.

 ??  ?? EDWARD
EDWARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia