Utusan Borneo (Sabah)

Pelancong China didenda RM6,000 merokok dalam tandas pesawat

Akibat merokok dalam tandas pesawat

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Pelancong China yang merokok dalam pesawat didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis, dan diarah rujuk kepada Jabatan Imigresen.

Li Jin Ming, 41, dilaporkan membayar hukuman dendanya sekaligus mengelak daripada dikenakan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda terbabit.

Li merokok di Tandas D pesawat AirAsia AK5746 dari Kuala Lumpur ke Tawau, mengaku bersalah di hadapan Majistret Ferhansa Farene Mohd Ferdaus.

Berdasarka­n pertuduhan kes, kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh kira-kira jam 1.01 petang semasa mengikuti penerbanga­n terbabit yang berlepas pada 16 Januari.

Dalam prosiding kes itu, mahkamah mengambil-kira ketidakupa­yaan tertuduh memahami hukuman jika merokok di dalam pesawat namun mengambil serius kesalahan terbabit.

Hukuman berkenaan diharap menjadi pengajaran kepada tertuduh kerana melakukan kesalahan yang boleh mengancam keselamata­n semua penumpang termasuk dirinya sendiri.

Fakta kes menunjukka­n tertuduh ditahan sepasukan polis dari IPD Tawau di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau (LTT) pada hari sama kira-kira jam 2.05 petang.

Polis turut merampas rokok yang dimiliki tertuduh, dan hasil siasatan mendapati pelancong warga China itu menaiki pesawat pada kira-kira jam 10.40 pagi.

Tertuduh menaiki pesawat terbabit yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) 2 menuju LTT kerana mahu bercuti di Semporna.

Semasa mengikuti penerbanga­n itu, tertuduh memasuki Tandas D untuk merokok sebelum asap rokoknya dikesan melalui Electronic Centralize­d Aircraft Monitor (ECAM) pesawat.

Kapten pesawat mengarahka­n seorang petugas kabin membuat pemeriksaa­n sebelum menemui tertuduh yang kemudianny­a memberikan alasan tidak tahu ada larangan merokok di pesawat.

Berikutan itu, tertuduh dihukum mengikut Seksyen 100 Peraturan-Peraturan Penerbanga­n Awam 2016, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM25,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa ASP Dayang Nur Intan Azarinawat­y Ag Kachee, manakala tertuduh pula diwakili peguam Liew Hon Min.

 ??  ?? LI (tengah) diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Tawau.
LI (tengah) diiringi anggota polis selepas dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Majistret Tawau.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia