Utusan Borneo (Sabah)

Daki kawasan hutan simpan perlukan permit Jabatan Perhutanan

-

IPOH: Individu yang ingin mendaki kawasan hutan simpan perlu memohon permit daripada Jabatan Perhutanan negeri bagi mengelak didenda atau dipenjara, kata Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjun­g Malaysia (Dasar dan Perancanga­n) Datuk Roslan Ariffin.

Beliau berkata mendaki di kawasan hutan simpan tanpa permit merupakan kesalahan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Perhutanan Negara 1984, yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum tiga tahun, jika didapati bersalah.

“Kebanyakan kawasan pendakian yang ada di Semenanjun­g Malaysia merupakan hutan simpan tertutup dan perlu mendapat permit untuk memasuki hutan tersebut.

“Jika berlaku kejadian yang tidak diingini, pihak Jabatan Perhutanan negeri dapat memberi bantuan kecemasan dan pihak insurans dapat membayar pampasan kepada pendaki (jika ada permit mendaki),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat dan sesi dialog berkaitan Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 di sini, pada Khamis.

Beliau berkata individu yang mendaki di kawasan hutan simpan dikenakan bayaran permit antara RM10 hingga RM30 serta perlu mengikut syarat Jabatan Perhutanan negeri masingmasi­ng.

Selain itu, Roslan meminta mereka yang ingin masuk ke hutan supaya tidak menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda semasa musim tengkujuh bagi mengelak laluan di kawasan itu rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

“Kita menerima aduan daripada penduduk Orang Asli bahawa ada pihak yang menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda semasa masuk ke dalam hutan ketika musim hujan dan ia menyukarka­n pihak Jabatan Perhutanan negeri untuk membetulka­n laluan yang telah rosak.

“Ada laluan (di hutan) yang tidak boleh dibaiki semula dan ia menyukarka­n penduduk terutama Orang Asli untuk menggunaka­n laluan tersebut untuk urusan harian,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Roslan berkata Jabatan Perhutanan Perlis, Wilayah Persekutua­n dan Melaka masih menunggu kelulusan permohonan bagi penggunaan senjata api daripada Kementeria­n Dalam Negeri.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia