Utusan Borneo (Sabah)

1MPAK bukti kerprihati­han kerajaan terhadap isu penganggur­an

-

BERA:Kerajaan tidak pernah ‘memekakkan telinga’ dan ‘membutakan mata’ dengan masalah pengganggu­ran yang berlaku dalam kalangan belia di negeri ini seperti tohmahan pembangkan­g.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejak transforma­si kerajaan dilaksanak­anbawahpim­pinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebanyak 2.6 juta peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan untuk rakyat di negara ini.

“Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi komen mengatakan ramai belia di negara ini tidak mempunyai pekerjaan dan menganggap kerajaan tidak mempedulik­an isu berkenaan.

“Sedangkan dari semasa ke semasa, pelbagai program diadakan untuk wujudkan peluang pekerjaan seperti Siri Inisiatif Melestari Pembanguna­n Komuniti (1MPAK), yang memberi perhatian khusus dalam menyediaka­n peluang kepada graduan terutama dari luar bandar.

“Inilah bezanya antara kerajaan dengan pembangkan­g yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak pula memberikan sebarang jalan penyelesai­an,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan­danmelanca­rkan Program 1MPAK pertama di Dataran Kerayong di sini, pada Sabtu.

Turut hadir Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Datuk Ahamd Nazlan Idris dan Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf.

Seramai 7,000 pengunjung dari sekitar daerah hadir pada program yang menyediaka­n pelbagai jenis aktiviti itu termasuk padanan kerja dan temuduga, program keusahawan­an serta pendidikan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia