Utusan Borneo (Sabah)

8 penolong pegawai perubatan ketahui nasib 8 Feb

Guna dokumen tuntutan Penyata Elaun Lebih Masa palsu

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Lapan penolong pegawai perubatan akan mengetahui nasib mereka pada 8 Februari, di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan menggunaka­n dokumen tuntutan Penyata Elaun Lebih Masa palsu.

Hakim Abu Bakar Manat menetapkan tarikh itu terhadap Mohd Rosidih Mohd Saidi, 30, Zulkifli Arun, 28, Terence Linchos, 38, Juraineh Musalim, 26, Jaduin Untop, 30, Noor Salim Mohd Zain, 27, Mohd Akmal Hafiz Mohamad Ariff, 26, dan Naza Fadirul@Mich Abd Satar, 33.

Mahkamah membuat keputusan itu, selepas membenarka­n permohonan daripada pihak pembelaan menangguhk­an tarikh jatuh hukum, sementara menyediaka­n rayuan.

Semua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 465 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh dua tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Mohd Rosidih, Terence, Jaduin dan Zulkifli masingmasi­ng didakwa atas lima pertuduhan menggunaka­n dokumen tuntutan palsu Penyata Elaun Lebih Masa, bagi bulan Januari hingga Mei 2016.

Noor Salim, Mohd Akmal dan Naza Fadirul juga didakwa atas lima pertuduhan sama, bagi lima bulan berkenaan.

Manakala Juraineh menggunaka­n tiga dokumen tuntutan palsu Penyata Elaun Lebih Masa, bagi bulan Januari hingga Mei 2016.

Kesalahan dilakukan antara Februari hingga Jun 2016 di Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Sabah, Wisma Perindustr­ian, di sini.

Sebelum ini, mereka yang bertugas di bahagian Klinik Oftalmolog­i Hospital Queen Elizabeth1,didakwamen­gikut Seksyen 18 Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Peguam Ram Singh mewakili Naza Fadirul, Mohd Rosidih, Zulkifli, Terence, Juraineh dan Jaduin, manakala peguam Hairul Vaiyron mewakili Noor Salim dan Mohd Akmal.

Timbalan Pendakwara­ya Rozanna Abd Hani dan Rustam Sanip bertindak untuk pendakwaan.

Sementara menunggu keputusan itu, mahkamah melanjutka­n ikat jamin terhadap semua tertuduh.

Semua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 465 kanun sama. ”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia